KUALA LUMPUR 12 Jan - Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan promosi 'The Most Exciting Ang Pao Yet!' dengan penjimatan sehingga RM9,950 untuk pembeli kenderaan Nissan, mulai 1 hingga 31 Januari 2023.
Model kenderaan terbabit, termasuk Nissan Serena, Nissan Navara, Nissan X-Trail dan Nissan Almera.
Promosi itu termasuk tambahan RM1,000 untuk pakej aksesori yang disesuaikan untuk model masing-masing.
Selain itu, ETCM turut mempelawa pelanggan menghantar kenderaan untuk diservis di mana-mana Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) atau pengedar servis Nissan yang sah dari 1 Januari hingga 28 Februari 2023 bagi peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM388,000.
Pelanggan hanya membelanjakan minimum RM388 dalam satu bil (tertakluk pada terma & syarat) dan berpeluang memenangi baucar tunai sebanyak RM8, RM18, RM88, RM188, RM288, RM888 atau hadiah ‘Ang Pao’ dalam cabutan bertuah.
Setiap pelanggan akan mempunyai satu peluang untuk cabutan bertuah.
Bagi mereka yang aktif di media sosial, terdapat juga peluang untuk memenangi baucar Watsons dalam Peraduan 'Count & Hop Into Prosperity' sempena Tahun Baru Cina pada bulan Januari 2023.

Terbuka kepada semua orang awam di Malaysia, peraduan ini berlangsung di Facebook dan Instagram Nissan Malaysia (www.facebook.com/NissanMalaysia dan www.instagram.com/nissanmalaysia) tanpa pembelian diperlukan (tertakluk pada terma & syarat).
Untuk menyertai peraduan, peserta hanya perlu mengira bilangan arnab yang tersembunyi dalam visual yang ditunjukkan dan memberikan jawapan, bersama-sama butiran hubungan, melalui peti masuk Facebook Nissan Malaysia.

Peserta juga perlu tag 3 orang rakan di ruangan komen untuk melengkapkan penghantaran. Penyerahan dengan jawapan yang betul akan memenangi baucar Watsons bernilai RM20 yang boleh digunakan di mana-mana cawangan Watsons di Malaysia.
Sebanyak 88 hadiah akan diberikan dan pemilihan penyerahan pemenang dengan jawapan yang betul adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Semua bilik pameran Nissan yang sah menawarkan pandu uji pelbagai model Nissan dan sepanjang tempoh promosi, bagi setiap pandu uji yang diambil, pelanggan akan menerima Baucar Watson bernilai RM20. - DagangNews.com








