Edaran Tan Chong Motor lancar kempen March Deal Boosters | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Edaran Tan Chong Motor lancar kempen March Deal Boosters

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Mac - Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan kempen ‘March Deal Boosters’ terbarunya yang mana pembeli model Nissan baharu boleh menjadi jutawan Boost Star.

 

Boost Stars biasanya terkumpul melalui transaksi menggunakan aplikasi Boost dan boleh ditebus untuk ganjaran daripada katalog BoostUP.

 

Kempen yang menawarkan sehingga 20 juta Boost Stars akan diberikan semasa tempoh kempen dari 1 Mac hingga 31 Mac 2022. 

 

Model Nissan yang boleh memenangi Boost Stars, termasuk Nissan Almera 1.0L Turbo, Nissan Navara 2.5L Turbo 4WD, Nissan X-Trail dan Nissan Serena S-Hybrid. 

 

ETCM dalam satu kenyataan memaklumkan, melalui kempen tersebut, syarikat memberikan pelanggan lebih fleksibiliti dalam memilih ganjaran yang mereka inginkan dengan menawarkan Boost Stars. 

 

"Kami berharap rakyat Malaysia akan menggunakan peluang ini untuk membeli kenderaan Nissan baharu sementara masih ada pengecualian cukai jualan," katanya.

 

 

nissan

 

 

Selain itu, pengunjung bilik pameran Nissan yang memandu uji Nissan Almera Turbo pada bulan ini akan menerima baucar Watsons bernilai RM30. 

 

 

nissan

 

 

Mereka boleh menggunakan peluang pandu uji untuk mengalami prestasi enjin pengecas turbo serta kecekapan bahan apinya. 

 

 

nissan

 

 

Seorang pemilik boleh mendapatkan penggunaan bahan api setinggi 18.4 kilometer (km) seliter yang akan memberikan jarak sehingga 650 km pada tangki penuh.

 

 

nissan

 

 

Almera juga didatangkan dengan Nissan Intelligent Mobility dan Nissan Safety Shield 360 untuk memberikan tindakan pro-aktif dalam mengelak kemalangan atau mengurangkan kerosakan jika kemalangan berlaku. 

 

Sehingga 6 beg udara hadir dan untuk membantu pemandu ialah sistem keselamatan yang aktif seperti amaran Blind Spot Rear Cross Traffic Alert dan kamera Intelligent Around View Monitor 360o.

 

 

nissan

 

 

Bagi mereka yang mencari trak pikap yang berkebolehan, Navara PRO-4X adalah pilihan terbaik di Malaysia. Enjin turbodiesel 2.5 liternya yang terbukti dengan transmisi 7-kelajuan dan sistem 4x4 yang teguh boleh menangani sebarang rupa bumi, manakala Nissan Intelligent Mobility Technologies menyediakan Perisai Keselamatan 360 darjah untuk kenderaan dan penghuninya.

 

 

nissan

 

 

Semua kenderaan Nissan baharu didatangkan dengan waranti 5 tahun meliputi kecacatan pembuatan dan selain daripada Navara, tiada had perbatuan yang dilalui selepas pendaftaran. Bagi Navara, had perbatuan ialah 150,000 km atau 5 tahun, yang mana dahulu. - DagangNews.com