KUALA LUMPUR 17 Feb - Bilangan penganggur di Malaysia menurun sebanyak 13.5% kepada 611,800 orang, mencapai kadar pengangguran paling rendah sejak kemunculan COVID-19 pada kadar 3.6% pada suku keempat 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM dalam keluaran terkini Sorotan Pasaran Buruh, Suku Keempat 2022 menunjukkan jumlah itu menghampiri kepada kadar sebelum pandemik.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penyertaan buruh yang digambarkan oleh kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang merekodkan lebih tinggi pada suku ini, meningkat 0.9 mata peratus tahun ke tahun kepada 69.5%.
Katanya, memandangkan rakyat Malaysia telah kembali kepada kehidupan hampir normal selepas dua tahun mendepani pandemik COVID-19, bilangan penduduk yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu terus menunjukkan trend penurunan sebanyak 31.8% berbanding suku yang sama pada 2021, mencatatkan 268,500 orang.
"Berikutan itu, bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan masa menurun sebanyak 42.9% kepada 167,400 orang pada kadar 1.1%.
"Pada masa yang sama, bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran merekodkan sejumlah 1.89 juta orang dengan kadar 37.4% atau merangkumi lebin daripada satu pertiga penduduk bekerja dengan pendidikan tertiari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, keadaan pasaran buruh Malaysia kekal positif pada suku keempat 2022 dengan bilangan tenaga buruh mencatatkan peningkatan sebanyak 2.5% dengan merekodkan seramai 16.54 juta orang.

Katanya, peningkatan itu kebanyakannya disumbangkan oleh kenaikan 32% bagi penduduk bekerja yang merangkumi 15.94 juta orang, selain didorong permintaan domestik yang kukuh di sebalik tekanan luaran.
Ujarnya, peningkatan permintaan terhadap buruh oleh industri menyumbang kepada pertambahan guna tenaga dan pengurangan pengangguran.
"Keadaan ini telah mendorong dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh yang lebth baik, selari dengan perkembangan berterusan dalam permintaan domestik dan peningkatan semasa aktiviti ekonomi dan sosial.
"Oleh itu, ekonomi terus berkembang sebanyak 7% pada suku keempat 2022 selepas merekodkan pertumbuhan dua digit pada suku sebelumnya. Selaras dengan perkembangan ekonomi semasa, jawatan dalam sektor swasta meningkat sebanyak 2.6% tahun ke tahun kepada 8.76 juta jawatan.
"Jawatan disi yang merangkumi 97.8% daripada jumiah jawatan meningkat 2.6% kepada 8.56 juta manakala peluang pekerjaan dalami ekonomi yang dukur oleh bilangan kekosongan jawatan memperoieh lagi 2.2% daripada juriah jawatan meningkat sebanyak 4.8% kepada 192,400 kekosongan," katanya.
Tambahnya, lebih separuh kekosongan jawatan pada suku keempat 2022 adalah dalam sektor Pembuatan, menyumbang 107,500 kekosongan jawatan, sebahagian besarya dalam subsektor produk elektrik, elektronik dan optikal merekodkan sejumlah 33,100 kekosongan.
Katanya, situasi permintaan buruh yang lebih baik pada suku tersebut juga ditunjukkan oleh peningkatan 47.9% dalam bilangan pewujudan jawatan, merangkumi 30,900. - DagangNews.com








