KUALA LUMPUR 12 Okt - GoCar Malaysia menawarkan diskaun sehingga RM50 untuk setiap servis kereta sempena pembukaan GoCar Garage di Ipoh dan Negeri Sembilan.
GoCar dalam satu kenyataan berkata, penjimatan tersebut ditawarkan ke atas mana-mana servis menerusi platform GoCar Garage.
Menurutnya, pelbagai jenis servis ditawarkan termasuklah penukaran minyak enjin, servis berkala, pembaikan, penukaran dan membetulkan tayar, brek, bateri, pendingin hawa, mekanikal dan sistem elektrikal.
"Promosi ini tertakluk kepada tempahan yang dibuat dan ditebus di antara 19 September hingga 30 November 2022 dengan menggunakan kod promo 'CUBALAH50'," katanya.
Sementara itu, pengembangan pusat penyelenggaraan di kedua-dua negeri tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan GoCar untuk meluaskan lagi rangkaian servis Garage, menerusi kerjasama strategik bersama bengkel-bengkel sah dan bebas.
Menurutnya, rakan-rakan Garage itu dipilih melalui satu proses penilaian yang ketat bagi memastikan standard dan kecemerlangan perkhidmatan GoCar Garage dapat dipenuhi.
"Buat masa ini, terdapat lebih 40 lokasi Garage di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka dan kini di Ipoh serta Negeri Sembilan yang mudah dicari melalui aplikasi mudah alih GoCar.


"Direka untuk menawarkan pengalaman penyelenggaraan kereta secara menyeluruh dengan struktur harga yang telus, platform GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menjadual temu janji servis, memilih jenis servis, meluluskan sebut harga sebelum kerja-kerja membaik pulih diteruskan dan membuat bayaran, semuanya menerusi aplikasi mudah alih GoCar.
"Orang ramai juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut pada siri jelajah GoCar Garage di premis-premis Lotus’s di Bukit Jelutong, Cheras dan Puchong di Lembah Klang serta Desa Tebrau di Johor Bahru," katanya.


Maklumat lanjut mengenai siri jelajah boleh didapati di laman web atau menerusi aplikasi mudah alih GoCar.
Semua Garage ini mampu menyelenggara pelbagai jenis kenderaan penumpang daripada jenama tempatan, Jepun, continental dan premium.
Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage berhampiran anda dan menempah slot temu janji servis, download aplikasi mudah alih GoCar dan klik pada ruang 'Car Service and Repair'. - DagangNews.com








