CTOS, Monash University meterai MoU untuk penyelidikan kredit pengguna Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CTOS, Monash University meterai MoU untuk penyelidikan kredit pengguna Malaysia

(Dari kiri) Prof Nafis Alam, Prof Matthew Nicholson, Eric Hamburger dan CEO CTOS Data Systems Sdb Bhd, Eric Chin ketika menandatangani MoU untuk bekerjasama dalam cerapan data dan analitik untuk memajukan penyelidikan ke atas perkembangan kredit negara.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Julai - CTOS Digital Berhad (CTOS) dan Monash University Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam cerapan data dan analitik untuk memajukan penyelidikan ke atas perkembangan kredit negara.

 

MoU yang ditandatangani baru-baru ini akan memudahkan kerjasama industri-akademik melalui penyelidikan, analisis dan pertukaran idea.

 

CTOS Digital Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya, CTOS Data Systems Sdn Bhd telah membolehkan orang ramai mendapat akses kepada kredit selama lebih 30 tahun.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Eric Hamburger berkata, pihaknya berharap dengan pemeteraian MOU dapat mengembangkan lagi pandangan yang boleh ditawarkan kepada Malaysia.

 

“Kami tahu bahawa kepentingan memahami data dan menggunakan penemuan itu tidak boleh dilebih-lebihkan. CTOS mempunyai pangkalan data kredit pengguna dan perniagaan terbesar di Malaysia, serta mempunyai kedudukan unik untuk memberikan penilaian paling tepat tentang situasi kredit negara. 

 

"Keupayaan analitikal kami yang mendalam digabungkan dengan kekuatan penyelidikan Monash, boleh membantu orang ramai, perniagaan, penggubal undang-undang, pengawal selia dan organisasi kerajaan yang lain memperoleh pandangan terbaik tentang keadaan kredit pengguna di Malaysia serta ekonomi secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Naib Presiden (Penyelidikan & Pembangunan) Monash University Malaysia, Prof Matthew Nicholson pula berkata, mereka komited untuk menjadi cemerlang, antarabangsa, berdaya usaha dan inklusif, matlamat yang dikongsi rakan kongsi kami, CTOS Digital. 

 

 

ctos

 

 

"Universiti Monash juga komited untuk menangani cabaran global semasa, yang mana pembangunan dan penyelenggaraan komuniti yang berkembang maju berada di barisan hadapan. 

 

"Ini adalah bahagian asas untuk memastikan kita hidup dalam kalangan komuniti yang berkembang maju, iaitu perkembangan dalam celik kewangan, peningkatan dalam kebebasan kewangan dan pertumbuhan dalam keselamatan kewangan, untuk individu, keluarga, komuniti dan perniagaan. 

 

"Dalam konteks ini, tiada perkongsian yang lebih baik untuk Monash University Malaysia daripada CTOS Digital, sebuah syarikat yang berada di tengah-tengah ekosistem kewangan Malaysia," katanya.

 

 

ctos

 

 

Mengetuai analisis daripada Monash, Ketua Pusat Pengajian Perniagaan, Monash Universiti Malaysia, Prof Nafis Alam berkata, sebagai juara penyelidikan dan impak, Universiti Monash juga teruja untuk bekerjasama dengan CTOS Digital dan bersama-sama mencari penyelesaian untuk menyediakan jawapan kepada isu ekonomi dan kewangan. 

 

"Kami berharap perkongsian ini akan membawa kepada permulaan penyelidikan canggih dalam pemarkahan kredit dan kesejahteraan ekonomi individu, institusi dan masyarakat secara keseluruhan. Di Monash, kami teruja untuk bekerjasama dengan CTOS dan tidak sabar untuk bersama-sama menerbitkan hasil penyelidikan yang berkesan menerusi kerjasama ini," katanya. - DagangNews.com