KUALA LUMPUR 7 Jun - Menepati misi sebagai Syarikat Penyelesaian Kehidupan Terbaik, Coway Malaysia berusaha sedaya upaya untuk membawa komuniti Malaysia ke Perjalanan Mengubah Kehidupan, termasuk memenuhi keperluan 65% pengguna muslim mereka.
Coway Malaysia menjadikan misi utama mereka untuk menjaga keperluan pengguna muslim mereka dengan menyediakan produk yang disahkan halal.
Sehubungan itu, Coway memulakan perjalanan untuk memohon pensijilan halal pada tahun 2010 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan tidak lama kemudian menjadi jenama penulen air antarabangsa pertama yang mendapat pensijilan tersebut.
Memandangkan Coway Malaysia berbangga untuk terus berkhidmat kepada pelanggan setia dengan hanya produk berkualiti tinggi yang boleh dipercayai, langkah untuk mendapatkan pensijilan halal untuk semua bahagian produk termasuk penapisnya, adalah bukti komitmen syarikat dalam memastikan pelanggan muslimnya mempunyai ketenangan fikiran dan percaya dengan produk Coway.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, pensijilan halal Jakim adalah jaminan tambahan kepada semua pengguna Islam bahawa Coway hanya mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.
"Pensijilan ini juga menunjukkan penjagaan ikhlas kami terhadap keperluan mereka dan merupakan cara kami untuk menunjukkan betapa kami benar-benar menghargai pelanggan setia kami.
"Kami berharap pencapaian hasil titik peluh ini akan membantu lebih ramai orang mendapat keyakinan dan kepercayaan terhadap Coway Malaysia, yang sentiasa berusaha untuk menyediakan peralatan rumah terbaik untuk keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Kyle, perjalanan Coway Malaysia dalam mendapatkan pensijilan halal bukanlah tugas yang mudah tetapi berbaloi.
"Ia adalah perjalanan yang panjang dan sukar dengan Jakim, kerana setiap bahagian rangkaian produk Coway perlu teratur dan perlu mematuhi peraturan ketat Jakim. Jakim turut melawat dan meninjau ibu pejabat Coway di Korea Selatan bagi memastikan semuanya mengikut piawaian," katanya.
Beliau berkata, untuk mengurus dan menyelia proses permohonan yang teliti, Coway Malaysia telah membentuk jawatankuasa halal dalaman yang terdiri daripada pakar-pakar yang tugasnya adalah untuk menangani semua perkara yang mematuhi halal.
"Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemilihan bahan, pembelian alat ganti, pembuatan, penyimpanan dan sebagainya. Susulan itu, Sistem Pengurusan Jaminan Halal (HAS) turut diperkenalkan untuk memastikan piawaian halal Jakim.
“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini dan telah membuat keputusan untuk mendapatkan produk kami pensijilan halal kerana ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kami kepada pengguna Islam kami tetapi juga memastikan pengguna masa depan akan kredibiliti produk kami," katanya. - DagangNews.com








