Co-opbank Pertama tawar hadiah bernilai RM60,000 sempena Hari Polis | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama tawar hadiah bernilai RM60,000 sempena Hari Polis

Promosi ini adalah satu usaha menarik minat anggota polis mendapatkan perkhidmatan perbankan di CBP.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Mac - Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah bernilai RM60,000 kepada anggota polis yang mendapatkan pembiayaan peribadi-i di institusi kewangan tersebut, sempena Hari Polis yang berlangsung dari 1 Mac 2022 sehingga 15 April 2022.

 

CBP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, antara hadiah yang ditawarkan menerusi promosi tersebut adalah 30 dust mite vaccum atau air fryer dan juga hadiah utama 5 buah motosikal Yamaha Y15.

 

Menurut kenyataan itu, promosi yang dilakukan adalah sebagai salah satu usaha untuk menarik minat anggota polis mendapatkan perkhidmatan perbankan di CBP.

 

“CBP menawarkan pelbagai produk perbankan yang diperlukan oleh masyarakat dan dengan adanya promosi ini, ia mengembangkan lagi pasaran pelanggan kita terutama sekali anggota polis.

 

“Anggota polis yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan peribadi atau pembiayaan-pembiayaan lain boleh berkunjung ke 28 cawangan CBP di seluruh negara sepanjang bulan Mac ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan dan ia menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh CBP,” katanya.

 

Katanya, CBP juga menawarkan kadar keuntungan kompetitif yang menjadikannya setanding dengan institusi kewangan lain.

 

"Selain daripada pembiayaan peribadi, CBP juga turut menawarkan perkhidmatan kewangan lain seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan koperasi dan korporat, Ar Rahnu dan takaful," katanya. - DagangNews.com