KUALA LUMPUR 6 Mac - CTH Unlimited melancarkan koleksi pakaian sukan baharu dikenali sebagai 'The Challenger' yang direka khas oleh Pengarah Kreatif Cheetah Holdings Bhd, Datuk Jovian Mandagie.
Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings, Roy Ho Yew Kee berkata, golongan muda Malaysia hari ini begitu arif mengenai fesyen dan cukup peka mengenai nilai sesuai dengan wang yang mereka bayar.
Katanya, gaya dan barisan terbaharu CTH Unlimited menyediakan gabungan gaya sempurna, keselesaan, kualiti dan fesyen ke hadapan, supaya menarik kepada pasaran muda serta berkembang pesat ini.
"Sebagai sebahagian daripada evolusi jenamanya, CTH Unlimited juga akan mengeluarkan lebih banyak gaya dan variasi untuk kategori wanita,” katanya dalam satu kenyataan.
Jovian pula berkata, The Challenger adalah pemuka kata yang ideal bagi barisan pakaian baharu CTH Unlimited.
Katanya, ia diinspirasikan oleh lonjakan adrenalin daripada sukan tinju dan direka sebagai koleksi 'tiada gentar', secara eksklusif bagi mereka yang berani menjadi berlainan.
Terdahulu, seramai 197 peserta menghadiri acara eksklusif dianjurkan oleh CTH Unlimited baru-baru ini bagi meraikan pelancaran tersebut selain memperkenalkan barisan terbaharu pakaian jenama itu yang berkualiti, bergaya dan mampu dibeli.

CTH Unlimited adalah koleksi istimewa yang diperkenalkan oleh Cheetah, sebuah jenama terkenal dalam pakaian bergaya dan sukan.
Jenama ini khusus untuk golongan muda yang mementingkan fesyen dan bergaya, serta kini mengetengahkan reka bentuk logo baharu melambangkan potensi belia yang tidak terhingga.
Orang ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenai barisan pakaian yang ditawarkan oleh CTH Unlimited boleh melayari laman web, www.cthunlimited.com.my. - DagangNews.com








