KUALA LUMPUR 20 Dis - Canon Marketing Malaysia (Canon) melancarkan dua mesin pencetak berwarna baharu, imagePRESS C270 dan C265 yang direka bentuk khusus bagi membantu perniagaan menyiapkan projek produksi ringan dengan mudah di pejabat dalam persekitaran kerja hibrid.
Sama seperti mesin pencetak pelbagai fungsi imageRUNNER ADVANCE DX Canon yang telah memenangi pelbagai anugerah, imagePRESS C270 dan C265 mudah untuk digunakan dengan muka dan navigasi intuitif serupa, selain mampu menghasilkan cetakan berkualiti tinggi.
Pengarah Kanan Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan, Yoshiie Masato berkata, Canon menyediakan kefungsian serba lancar menerusi penyelesaian boleh dipercayai dan kos efektif untuk perniagaan sambil mengekalkan keupayaan menyelaras skala operasi mengikut perubahan permintaan terhadap perniagaan.
"Selaras dengan kemunculan era IoT (internet kebendaan), kami mencipta sistem yang dapat menyepadukan produk dan perkhidmatan secara intuitif bagi meningkatkan produktiviti dan kemudahan," katanya dalam satu kenyataan.
imagePRESS C270 berupaya mencetak sehingga 80 halaman per minit (ppm) dalam hitam dan putih, dan 70 ppm dalam warna, manakala imagePRESS C265 mampu mencetak sehingga 70 ppm dalam hitam dan putih, dan 65 ppm dalam warna.
Selain itu, mesin pencetak ini turut menampilkan resolusi cetakan pelbagai, termasuk 190 baris per inci (lpi) dan 170 lpi bagi menghasilkan imej dan teks beresolusi tinggi dengan kejelasan yang luar biasa.
Direka bentuk bagi memenuhi keperluan pencetakan berbeza, imagePRESS C270 dan C265 membantu pengguna mengendalikan format cetakan tersendiri termasuk sampul surat, media tebal dan sepanduk bersaiz panjang, selain daripada media A4 dan A3 standard.

Bagi memberikan lebih banyak lagi fleksibiliti, mesin pencetak ini turut menyokong media berkilat, sutera, biasa dan bertekstur, serta rangkaian luas media profesional yang lain.
Pilihan Dek Kertas Berbilang Laci menangani keperluan untuk mencetak dalam jumlah yang tinggi dan media bercampur dengan kapasiti kertas maksimum sehingga 8,500 helai.
imagePRESS C270 dan C265 juga meningkatkan kecekapan dengan memperkasakan perniagaan dengan keupayaan menghasilkan bahan media untuk tujuan pemasaran yang tampak profesional seperti katalog, risalah dan poster di pejabat pada kadar segera.
Menyokong persekitaran kerja hibrid, imagePRESS C270 dan C265 boleh disepadukan dengan lancar menggunakan uniFLOW Online, sebuah penyelesaian pengurusan pencetakan berasaskan awan yang membolehkan pekerja di pejabat dan lokasi lain bekerjasama dengan mudah.
imagePRESS C270 dan C265 yang terkini boleh didapati di pengedar dan penjual Canon yang sah pada Disember 2022. - DagangNews.com








