Bursa Malaysia ditutup pada 26 Dis 2022, 2 Jan 2023 sempena cuti umum | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bursa Malaysia ditutup pada 26 Dis 2022, 2 Jan 2023 sempena cuti umum

KUALA LUMPUR 22 Dis - Bursa Malaysia Bhd. dan anak syarikatnya akan ditutup pada 26 Disember 2022 dan 2 Januari 2023, sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2023.

 

Pengendali bursa itu berkata, operasi akan bersambung semula, masing-masing pada 27 Disember 2022 dan 3 Januari 2023.

 

"Kedua-dua Hari Krismas (25 Disember 2022) dan Tahun Baharu 2023 (1 Januari 2023) jatuh pada Ahad, justeru, hari Isnin berikutnya merupakan cuti umum gantian," katanya dalam kenyataan hari ini. - DagangNews.com