Boost tawar hadiah Perodua ATIVA menerusi kempen sempena bulan Ramadan | DagangNews Skip to main content

Boost tawar hadiah Perodua ATIVA menerusi kempen sempena bulan Ramadan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Mac -  Menjelang bulan Ramadan yang mulia ini, Boost menganjurkan kempen "Kongsikan KeberkaTEN Ramadan" yang bermula hari ini sehingga 31 Mei 2022. 

 

Kempen itu bertujuan membantu rakyat Malaysia berkongsi keberkatan dan rezeki sepanjang bulan, selain membolehkan mereka menikmati penjimatan lebih besar dan ganjaran sehingga 10X, termasuk peluang membawa pulang sebuah Perodua ATIVA serba baharu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, rakyat Malaysia telah menunjukkan ketabahan hati mereka menempuhi bulan Ramadan yang amat mencabar dalam tempoh dua tahun lepas. 

 

"Sambil kita menguatkan tekad mengharungi tahun ini, kami mahu membolehkan rakyat Malaysia menghayati kemuliaan bulan Ramadan dan menabur budi kepada masyarakat dengan memberi ganjaran kepada pengguna menerusi pelbagai tawaran hebat, pulangan tunai dan hadiah eksklusif dalam kempen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Selain itu, orang ramai juga boleh menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik menerusi #DoGoodWithBoost dan sumbangan boleh disalurkan di https://myboost.app.link/aVECQyzRAob

 

Sumbangan boleh dibuat menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih dan Boost akan menyumbang RM1 lagi bagi setiap sumbangan RM10.

 

Umat Islam di seluruh negara boleh membayar zakat fitrah dengan mudah dan selamat menerusi ciri eZakat dalam aplikasi Boost dari 3 April hingga 3 Mei 2022.

 

Pada tahun ini, Boost kembali menganjurkan Bazar Ramadan di seluruh Malaysia sepanjang April 2022 termasuk di Pandan Indah (Kuala Lumpur), Metrocity (Sarawak), Mahkota Square (Pahang) dan banyak lagi.

 

Di samping itu, demi kelangsungan para peniaga tempatan, Boost juga akan memberikan pulangan tunai sehingga RM10 dengan pembayaran menggunakan Boost DuitNow QR. - DagangNews.com