Boleh daftar eCCRIS tanpa perlu ke BNM, AKPK mulai hari ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Boleh daftar eCCRIS tanpa perlu ke BNM, AKPK mulai hari ini

KUALA LUMPUR 18 Feb - Pengguna individu baharu warganegara Malaysia mulai hari ini boleh boleh terus mendaftar eCCRIS melalui eccris.bnm.gov.my tanpa perlu hadir di pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

 

Untuk mendaftar eCCRIS, individu hanya perlu mengikuti beberapa langkah termasuk pindahan RM1 secara dalam talian melalui perbankan internet oleh pengguna baharu ke akaun BNM yang ditetapkan. 

 

Jumlah RM1 tersebut akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 2 hari bekerja selepas pendaftaran. 
Langkah ini membolehkan identiti individu disahkan secara digital tanpa memerlukan pengesahan secara fizikal.

 

 

BNM
Sumber : Laman web BNM

 

 

Timbalan Gabenor Marzunisham Omar berkata, dengan penambahbaikan ini, individu pengguna boleh mendaftar eCCRIS dan mendapatkan laporan CCRIS dengan lebih mudah dan selamat. 

 

"Semuanya boleh dilakukan dengan selesa dari rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Bagi syarikat dan individu bukan warganegara Malaysia, pendaftaran pengguna baharu boleh terus dilakukan menerusi eLINK melalui telelink.bnm.gov.my.

 

Untuk pengguna lain, pengaturan sedia ada masih terpakai (iaitu pendaftaran melalui kios di premis AKPK atau eLINK melalui telelink.bnm.gov.my). - DagangNews.com