Belanjawan 2023 : Kerajaan terima komitmen swasta wujudkan Wakaf Madani bernilai RM1 bilion | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Belanjawan 2023 : Kerajaan terima komitmen swasta wujudkan Wakaf Madani bernilai RM1 bilion

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan telah menerima komitmen swasta untuk mewujudkan Wakaf Madani dengan aset-aset bernilai lebih RM1 bilion, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

 

"Aset-aset yang terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan dan pendidikan akan dioptimumkan bagi manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain," katanya.

 

Beliau berkata, sesuai dengan kerangka Madani, kaedah berwakaf merupakan salah satu mekanisme pengagihan semula kekayaan yang menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

 

Setakat ini, katanya, tanah wakaf berdaftar yang berjaya dibangunkan hanya sekitar 3,500 hektar atau 12%. 

 

"Sehubungan itu, usaha segera perlu digembleng dalam membangunkan tanah dan aset wakaf," tambahnya. - DagangNews.com