Bank Islam rangkul anugerah inovasi APAC Red Hat 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bank Islam rangkul anugerah inovasi APAC Red Hat 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Nov - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi APAC Red Hat 2022 untuk Malaysia apabila memanfaatkan penyelesaian Red Hat untuk mengoptimumkan proses IT kritikal mereka dalam landskap perniagaan yang berkembang.

 

Selaras dengan tema tahun ini iaitu "Explore what’s next”, the Red Hat Summit: Connect  meraikan keupayaan organisasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang berubah dengan pantas, mengubah model perniagaan mereka dan menyampaikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan dengan sumber terbuka. 

 

Tahun ini, Anugerah Inovasi APAC Red Hat mengiktiraf kejayaan transformasi digital 26 organisasi di rantau ini untuk penggunaan kreatif penyelesaian Red Hat mereka untuk terus mendahului trend industri dan keperluan pelanggan.

 

Anugerah tersebut terdiri daripada lima kategori, termasuk Digital Transformation, Hybrid Cloud Infrastructure, Cloud-native Development, Automation and Resilience. 

 

Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar APJC Red Hat, Marjet Andriesse berkata, Bank Islam telah mempamerkan ketangkasan dan inovasi yang luar biasa apabila menggunakan teknologi seperti awan hibrid dan automasi untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan mereka, membentuk sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menyumbang kepada inisiatif MYDigital Malaysia. 

 

"Saya berharap mereka akan menjadi inspirasi untuk lebih banyak organisasi di Asia Pasifik untuk membuka potensi sumber terbuka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

red
                                                                Marjet Andriesse

 

 

Ketua Pegawai Teknologi Bank Islam, Zainal Azlan Zainudin berkata, adalah penting bagi pihaknya bahawa perkhidmatan dan penyelesaian digital mereka kekal berdaya tahan dan tersedia kepada pelanggan. 

 

"Ini memerlukan kami memastikan dapat menjalankan aktiviti penyelenggaraan IT utama kami dengan cekap dengan gangguan minimum kepada pengguna platform perbankan digital kami. 

 

"Dengan penyelesaian sumber terbuka Red Hat, kami bukan sahaja dapat mengautomasikan penyampaian perkhidmatan IT kami dengan berkesan tetapi juga mengukuhkan daya tahan infrastruktur kami. 

 

"Ini juga membolehkan kami menumpukan pada meningkatkan pengalaman pengguna pelanggan kami dan untuk terus berinovasi perniagaan kami," katanya. - DagangNews.com