Banjir tidak jejaskan kemudahan konvensional, kontena Westports | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Banjir tidak jejaskan kemudahan konvensional, kontena Westports

 

 


KUALA LUMPUR 20 Dis - Kemudahan konvensional dan kontena di Westports, Pelabuhan Klang tidak terjejas akibat banjir kilat pada 17 dan 18 Disember 2021. 

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Westports Holdings Bhd. bagaimanapun berkata, situasi itu menyebabkan terdapat pekerja tidak dapat melaporkan diri untuk bekerja berikutan kesukaran untuk melakukan perjalanan, menyebabkan kesan terhadap produktiviti dan kelewatan berlabuh

 

Ini kerana katanya, banjir kilat telah menjejaskan Klang, kawasan sekitarnya, beberapa jalan masuk dan kawasan perumahan di Lembah Klang dan Pulau Indah.

 

"Kami menjangkakan beberapa kesan kumulatif yang menyumbang kepada kekurangan pengendalian yang menghalang syarikat daripada mencapai pertumbuhan satu digit bagi 2021.

 

"Westports memaklumkan setakat 18 Disember 2021, jumlah pengendalian kontena adalah 10.12 juta unit bersamaan 20 kaki," katanya hari ini.

 

Westports juga memaklumkan, syarikat sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan peserta industri yang lain bagi mengurangkan kesan buruk dan memastikan operasi tidak terganggu. 

 

Bagi komuniti di Pulau Indah pula, syarikat sedang membaiki jalan masuk, membersihkan pokok yang tumbang, menyediakan penginapan dan makanan kepada mangsa yang terjejas di Dewan Budaya Tan Sri G  dan turut menyalurkan bantuan lain. - DagangNews.com