KUALA LUMPUR 7 Dis - Ikon filem antarabangsa dan penyokong setia Anlene, Michelle Yeoh kembali dengan kempen bersama Anlene setelah lebih sedekad.
Yeoh bersedia memainkan peranannya sebagai duta jenama untuk kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Anlene akan mengaktifkan roadshow di seluruh negara untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar lebih banyak bergerak sambil menjaga kesihatan tulang mereka.
Pengaktifan pertama akan diadakan dari 25 hingga 27 November di Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak. Pameran ini juga akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menjalani ujian kekuatan tulang dan otot secara percuma bernilai RM150.
Kempen ini menumpukan tentang sumbangan penting yang boleh diberikan kepada komuniti dan kehidupan sendiri, walaupun dalam peringkat kehidupan yang berbeza.
Ia juga bertujuan untuk mengajar rakyat tentang cara kita boleh bergerak dengan lebih bertenaga dan fleksibel, supaya dapat menjadi versi diri yang terbaik, walaupun setelah meningkat usia.
Dalam pada itu, kerjaya cemerlang Yeoh tidak menunjukkan tanda-tanda penamat, kerana baru-baru ini Yeoh menerima pencalonan Anugerah Gotham atas peranan utamanya dalam ‘Everything Everywhere All At Once’ yang mendapat pujian kritis.


Persembahannya cukup menggambarkan bakatnya dan disebabkan itu, Yeoh berdiri dalam kalangan tempat teratas untuk Oscars akan datang.
Pada usia 60 tahun, Yeoh terus melangkau sempadan tanpa henti dalam menentang stereotaip bahawa sudah terlambat untuk mencipta peristiwa penting dalam hidup disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.
“Pertama kali saya minum Anlene adalah lima belas tahun lalu, dan saya memilih untuk bekerjasama dengan jenama ini pada tahun 2008 kerana falsafah mereka menarik perhatian saya.
"Mereka percaya dalam membolehkan anda menjadi lebih kuat daripada umur agar boleh terus bergerak bebas dan menjalani kehidupan yang sihat walaupun usia meningkat.
"Sehubungan itu, saya juga mahu terus membawa kebaikan kepada kehidupan orang lain melalui Anlene," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - DagangNews.com








