KUALA LUMPUR 12 Mei - Airbnb telah melaksanakan 150 peningkatan untuk menambah baik setiap aspek perkhidmatan Airbnb, sejak tahun lalu.
Hari ini, syarikat ini melancarkan perubahan terbesar Airbnb dalam sedekad, yang termasuk:
Kategori Airbnb - Cara baharu membuat carian yang memudahkan anda mencari jutaan kediaman yang anda tidak pernah tahu kewujudannya.
Penginapan Bergabung - Ciri inovatif yang menyediakan lebih banyak pilihan untuk penginapan jangka panjang dengan membahagikan perjalanan anda antara dua penginapan.
AirCover untuk tetamu - Perlindungan perjalanan paling menyeluruh, disediakan percuma untuk setiap penginapan.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasasnya, Brian Chesky berkata, cara orang ramai mengembara telah berubah selama-lamanya.
"Itulah sebabnya kami memperkenalkan perubahan terbesar Airbnb dalam sedekad. Pertama sekali, orang ramai kini lebih fleksibel tentang tempat mereka tinggal dan bekerja, jadi kami telah mereka bentuk cara baharu untuk membuat carian dengan Kategori Airbnb.
"Kedua, orang ramai kini membuat perjalanan yang lebih panjang, jadi kami mencipta Penginapan Bergabung untuk memberikan anda lebih banyak pilihan dengan membahagikan perjalanan anda antara dua penginapan.
"Ketiga, kami memperkenalkan AirCover untuk tetamu, yang memberi anda keyakinan untuk membuat tempahan sambal mengetahui bahawa Airbnb akan melindungi anda," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pengemaskinian platform tersebut dibuat sejurus selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa baru-baru ini yang mana minat untuk mengembara ke Malaysia dalam kalangan tetamu antarabangsa dan domestik terus melonjak.

"Jutaan orang kini lebih fleksibel tentang tempat mereka tinggal dan bekerja. Tetapi carian perjalanan kekal sama sejak 25 tahun (anda memasukkan lokasi dan tarikh ke dalam kotak carian).
"Kebanyakan daripada mereka hanya dapat memikirkan beberapa puluh bandar untuk ditaip ke dalam kotak carian, sedangkan terdapat Airbnb di 100,000 bandar di seluruh dunia.



"Itulah sebabnya Airbnb memperkenalkan cara baharu untuk membuat carian yang direka bentuk berdasarkan Kategori Airbnb, dengan 56 kategori baharu yang menyusun penginapan berdasarkan gaya, lokasi atau jaraknya dengan aktiviti perjalanan." katanya.
Airbnb telah mencipta pasukan ejen yang dilatih khas untuk bantuan tempahan semula saat akhir, dan juga meluaskan talian keselamatan 24 jam untuk meliputi 16 bahasa.

Aplikasi dan tapak web Airbnb yang direka semula dengan lebih daripada 50 kategori penginapan unik, ciri Penginapan Bergabung yang inovatif dan AirCover untuk tetamu akan tersedia di seluruh dunia minggu ini. - DagangNews.com








