AirAsia umum tambang tetap RM500 sempena pertembungan separuh akhir Piala AFF Malaysia, Thailand | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AirAsia umum tambang tetap RM500 sempena pertembungan separuh akhir Piala AFF Malaysia, Thailand

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Jan - AirAsia mengumumkan tambang tetap istimewa untuk penerbangan Kuala Lumpur dan Bangkok sempena perlawanan separuh akhir Piala AFF, Malaysia menentang Thailand.

 

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan berkata, tambang tetap itu berharga 5,000 baht termasuk semua untuk penerbangan pulang dari Bangkok ke Kuala Lumpur, manakala RM500 termasuk semua untuk penerbangan pulang dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

 

"Tempoh tempahan bermula dari 6 hingga 11 Januari 2023 untuk tempoh perjalanan 7 hingga 8 Januari 2023 dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan 10 hingga 11 Januari 2023 dari Kuala Lumpur ke Bangkok," katanya.

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

Katanya, tambang termasuk semua untuk penerbangan pulang termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain yang berkenaan. - DagangNews.com