airasia Super App tawar 'perkhidmatan beratur' untuk pengunjung restoran di Bangkok | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

airasia Super App tawar 'perkhidmatan beratur' untuk pengunjung restoran di Bangkok

Restoran Jeh O Chula di Bangkok, Thailand sentiasa 'penuh' dikunjungi pelanggan.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Mac - airasia Super App memperkenalkan perkhidmatan serba baharu, khusus untuk menangani kesulitan beratur di restoran terkenal di destinasi pelancongan bermula di kota raya Bangkok, Thailand yang digelar 'Krung Thep Maha Nakhon'.

 

'Perkhidmatan Beratur' oleh airasia food, yang boleh digunakan mulai hari ini di Bangkok, membolehkan pelancong dan warga tempatan sama-sama menempah perkhidmatan tersebut.

 

Selain itu, penunggang airasia beratur untuk mereka di restoran terlibat seperti CQK HOTPOT, Jeh O Chula, Lek Seafood Yaowarat, Khun Ple Mookata dan Yi Ja Suki Mala untuk perkhidmatan makan malam yang boleh ditempah terlebih dahulu dari pukul 6 petang hingga 8 malam.

 

Ketua airasia Super App Thailand, Nattinee Tawanchulee berkata, dengan pelancaran 'perkhidmatan beratur' di airasia food, pihaknya kini mengukuhkan kedudukan sebagai platform pelancongan dan gaya hidup terkemuka.

 

Katanya, pihaknya menyediakan perkhidmatan yang menguntungkan kepada pelancong dan penduduk tempatan untuk mempunyai pengalaman kulinari yang lebih baik apabila mereka melancong di Bangkok. 

 

"Kita semua pernah mengalami kekecewaan yang disebabkan oleh masa menunggu yang lama di restoran popular. 

 

"Di samping itu, mungkin terdapat kekangan bahasa untuk pelawat asing yang membuatkan mereka terlepas hidangan istimewa ini. 

 

 

airasia

 

 

"Untuk menyelesaikan isu ini dan menyokong kebangkitan perniagaan tempatan, kami memperkenalkan ‘perkhidmatan beratur’ dengan lima restoran sebagai permulaan dan kami berharap untuk menambah lebih banyak restoran lagi dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan. - DagangNews.com