KUALA LUMPUR 20 Dis - AirAsia menjemput rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkecimpung dalam bidang penerbangan untuk menghadiri temuduga terbuka kru kabin AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 22 Disember 2022.
AirAsia dalam satu kenyataan berkata, mereka yang berminat perlu mempunyai personaliti menarik, berusia 18 tahun ke atas, meminati bidang penerbangan, seorang individu yang cergas serta bertenaga.
"Pemohon diingatkan membawa CV (resume) terkini serta dokumen-dokumen berkaitan.
"Pendaftaran bermula pada pukul 9 pagi," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, semua kru kabin AirAsia haruslah mematuhi dan melaksanakan piawaian keselamatan yang tinggi pada setiap masa dan memastikan tetamu menikmati pengalaman penerbangan yang selesa setiap kali mereka terbang dengan AirAsia.

Untuk butiran lanjut mengenai temuduga terbuka kru kabin AirAsia di Kuching, sila klik pada link http://bitly.ws/y4tE. - DagangNews.com








