AirAsia anjur sesi temuduga di Kuching, Sibu pada 31 Januari dan 4 Februari 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AirAsia anjur sesi temuduga di Kuching, Sibu pada 31 Januari dan 4 Februari 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Jan - AirAsia Malaysia dan AirAsia X mengadakan pencarian calon terbaik di Sarawak untuk menyertai pasukan kru kabinnya melalui dua sesi temuduga yang dijalankan di Sibu dan Kuching.

 

Syarikat penerbangan tambah rendah itu dalam satu kenyataan berkata, AirAsia Malaysia akan mengadakan sesi temuduga di Perpustakaan Awam Sibujaya, Sibu pada 31 Januari 2023, manakala sesi temuduga AirAsia X dijalankan di MyFuturejobs @ UTC Sarawak di Jalan Bukit Mata, Kuching pada 4 Februari 2023.

 

Katanya, peluang semakin terbuka untuk lebih ramai anak Sarawak menyertai kumpulan penerbangan tersebut.

 

"Selain AirAsia Malaysia, AirAsia X juga bakal mengadakan pencarian calon terbaik di Sarawak untuk menyertai pasukan kru kabinnya yang berpangkalan di Sepang, Selangor.

 

"Jika anda seorang yang cergas dan bertenaga, meminati bidang penerbangan, mempunyai personaliti menarik dan berusia 18 tahun ke atas, andalah yang dicari-cari. 

 

"Jangan lupa bawa bersama CV anda yang terkini serta dokumen-dokumen berkenaan. Pendaftaran di kedua-dua lokasi temuduga bermula pada pukul 9 pagi," katanya.

 

Katanya, sesi temuduga ini dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri.

 

 

airasia

 

 

Calon-calon yang berminat boleh mendaftar terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat lanjut di https://bit.ly/3HgpOCO atau https://bit.ly/3wI916s.

 

Orang ramai boleh mengikuti @AirAsiaCabinCrew di Instagram dan TikTok untuk maklumat lanjut dan info terkini. - DagangNews.com