Ahli All Reds Malaysia disaran manfaatkan pejabat urusan kelab di The Port | DagangNews Skip to main content

Ahli All Reds Malaysia disaran manfaatkan pejabat urusan kelab di The Port

KUALA LUMPUR 18 Sept –  Ahli-ahli kelab penyokong rasmi LFC di Malaysia, All Reds Malaysia (ARM) disaran menggunakan sepenuhnya kemudahan pejabat urusan kelab di The Port, Bandar Utama yang baharu dirasmikan pembukaannya sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 ARM pada 16 September lalu.

 

Presiden ARM yang dipilih semula, Muzili Aznor Musa berkata, pejabat urusan kelab ARM tersebut memenuhi permintaan ahli-ahli yang mahukan satu lokasi untuk berinteraksi lebih rapat, dan memudah cara bagi pelanggan yang mahu berhubung dengan kelab.

 

Menurut beliau, pejabat tersebut selain menjadi pusat pengurusan juga menyediakan jualan barangan-barangan cenderamata atau Liverpool FC, yang mungkin tidak terdapat di pasaran.


 

the port
Alamat penuh The Port, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

 

the port

 

the port

 

the port

 

 

“Kita mahu semua ahli ARM memanfaatkan pejabat urusan kita ini untuk sama-sama memeriahkan aktiviti kelab,” katanya kepada DagangNews.

 

Pejabat Urusan ARM tersebut terletak di tingkat satu The Port, Bandar Utama dipilih kerana fungsinya sebagai medan selera memenuhi kriteria santai untuk aktiviti pertemuan ahli, terutama semasa menonton siaran langsung perlawanan Liverpool FC.

 

Sementara itu, semasa AGM ke-10, ahli-ahli bersetuju dengan usul untuk mengekalkan barisan jawatankuasa ARM yang terdiri daripada Muzili sebagai presiden, dua timbalan presiden iaitu Wan Zamarudin Mohd Yusuf dan Mohd Hanafiah Yahya.


 

ARM
Muzili Aznor Musa bersama Wan Zamarudin Mohd Yusuf (kiri) dan Mohd Hanafiah Yahya dikekalkan jawatan oleh ahli-ahli dalam AGM kelab pada 16 September 2023.

 


Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa ARM bagi penggal 2023/2005:


 

ARM

 

 

Bersempena AGM Sabtu lalu, acara tradisi iaitu perlawanan bola sepak antara wilayah ARM turut diadakan dengan 10 pasukan beraksi.

 

Pasukan ARM dari Pantai Timur terbukti unggul mengekalkan kejuaraan tahun ini yang diadakan di EV Arena, Shah Alam.


 

parafrasa

 

irsyad

 

parafrasa

Penaja utama acara ARM ialah DagangNews bersama Nestle, Predator dan Watson. - DagangNews.com