3M diiktiraf salah sebuah syarikat paling beretika di dunia | DagangNews Skip to main content

3M diiktiraf salah sebuah syarikat paling beretika di dunia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Mac - 3M diiktiraf sebagai salah satu syarikat paling beretika dalam penilaian di seluruh dunia melalui The Ethisphere Institute buat kali ke-9 berturut-turut.

 

Syarikat itu juga salah satu daripada 7 tsyarikat perindustrian di seluruh dunia yang diberi penghormatan tahun ini.

 

Ketua Negara 3M Malaysia, GT Lim berkata, syarikat berbangga dan sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang betul mengikut tatakelakuan mereka serta melihat usaha kolektif bergema baik dengan masyarakat antarabangsa.

 

"3M Malaysia komited untuk menyediakan tawaran berkualiti kepada pelanggan dan akan terus mempertahankan nilai etika global kami. Tatakelakuan 3M inilah yang menjadikan reputasi etika 3M kukuh dalam kalangan pengguna dan merentasi pelbagai industri. 

 

"Kepimpinan syarikat mencipta dan mempromosikan persekitaran tempat kerja di mana pematuhan dan kelakuan perniagaan yang beretika dilaksanakan melalui kepimpinan melalui teladan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan 3M, Michael Duran pula berkata, sejak 120 tahun yang lalu, 3M telah membina reputasinya dalam melakukan sesuatu secara beretika.

 

“Tujuan kami sebagai sebuah syarikat dan integriti yang teguh membantu kami dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dan menjadikan 3M tempat yang hebat untuk bekerja. Saya amat berbangga dengan lebih 90,000 warga kerja 3M yang berusaha untuk melindungi reputasi 3M setiap hari," katanya.

 

 

3m
GT Lim

 

 

3M ialah salah satu daripada 136 syarikat di seluruh dunia yang dinobatkan sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di dunia pada 2022. 

 

Penilaian itu merangkumi lebih daripada 200 soalan mengenai budaya, amalan alam sekitar dan sosial, aktiviti etika dan pematuhan, tadbir urus dan kepelbagaian.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ethisphere, Timothy Erblich berkata, syarikat paling beretika di dunia yang menerima penghormatan itu memahami mandat masa kini yang memerlukan perniagaan dijalankan secara  beretika, bertanggungjawab dan dipercayai untuk memacu perubahan positif.

 

 

3m

 

 

 

“Tahniah kepada 3M atas pengiktirafan ini untuk tahun ke-9 berturut-turut. Ia adalah bukti kepada komitmen 3M untuk melakukan perkara yang betul dan dedikasinya terhadap integriti, tadbir urus dan komuniti," katanya.

 

Ethisphere ialah peneraju global dalam menentukan dan memajukan piawaian amalan perniagaan beretika yang menyemarakkan watak korporat, kepercayaan pasaran dan kejayaan perniagaan. - DagangNews.com