10,000 minyak wangi Bliese baharu terjual dalam tempoh sehari | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

10,000 minyak wangi Bliese baharu terjual dalam tempoh sehari

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Julai - Sebanyak 10,000 unit wangian baharu Bliese Body Perfume 12ml terjual dalam tempoh sehari selepas ia dilancarkan, baru-baru ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese Sdn Bhd, Suhaimi Saiful berkata, ia terbukti bahawa wangian yang mempunyai 10 bauan itu mendapat sambutan menggalakkan.

 

Beliau berkata, pelancaran produk tersebut bertujuan memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan serta meluaskan pengaruh dan mengukuhkan penjenamaannya dalam kalangan pengguna.

 

"Pelancaran ini adalah disebabkan kami ingin mengeluarkan satu produk dengan harga yang kompetitif, mampu milik tetapi masih mengekalkan kualiti iaitu bauan yang lebih premium. 

 

"Dengan harga mampu milik, permintaan Bliese Body Perfume 12ml ini akan meningkat dan dapat membantu memudahkan jualan usahawan Bliese yang mana ia sesuai dengan keadaan semasa," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Menurut Suhaimi, fokus utama syarikat wangian tempatan itu adalah bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berkualiti menjelang 2024. 

 

Sehingga hari ini katanya, Bliese mempunyai lebih 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia.

 

 

bliese

 

 

"Anda diluar sana yang sukakan wangian, patut mencuba Bliese Body Perfume 12ml hari ini serendah RM25. Dapatkan dari penjual Bliese yang sah di seluruh Malaysia," katanya.

 

Antara inovasi terbaru yang dilakukan syarikat wangian tempatan itu adalah dengan mencipta 10 bauan Bliese Body Perfume 12ml termasuk lelaki dan wanita.

 

Ia terbahagi kepada lima jenis kategori yang sesuai dengan aktiviti warga Asia iaitu Office Approved, Chillax, Athleisure, AM:PM dan Private Affair. 

 

 

bliese

 

 

Penambahbaikan turut dilakukan dengan botol lebih berkualiti, mudah dibawa kemana sahaja serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain.

 

Selain itu, Bliese Body Perfume 12ml diformulasikan dengan jenis kepekatan Eau De Parfum dengan bahan asas diimport dari Eropah, yang mana ia dapat bertahan sehingga 8 jam dan menepati spesifikasi pengguna di Asia.

 

Syarikat itu memberi jaminan bahawa Bliese Body Perfume selamat digunakan kerana mendapat pengiktirafan dari International Fragrance Association (IFRA) serta diiktiraf halal. - DagangNews.com