Keluaran minyak mentah, kondensat Malaysia melantun semula pada 2Q2024, catat pertumbuhan 1.3% - DOSM
KUALA LUMPUR 3 Sept - Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia melantun semula kepada pertumbuhan 1.3%, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024 (2Q2024), selepas dua suku berturut-turut mengalami penurunan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia ( DOSM).






