AirAsia jual baki saham dalam AirAsia India, kini tumpukan pasaran ASEAN
SEPANG 3 Nov- AirAsia Aviation Group Limited, syarikat induk kumpulan penerbangan Capital A memeterai perjanjian pembelian saham untuk menjual baki saham ekuiti yang dipegang dalam AirAsia (India) Private Limited (AAI) kepada Air India Limited, sekutu Tata Sons Private Limited.






