Hap Seng lupuskan seluruh ekuitinya dalam Richmore kepada Gek Poh pada harga RM51 juta
KUALA LUMPUR 12 Julai - Hap Seng Consolidated Bhd (HSCB) mencadangkan untuk melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Richmore Development Sdn Bhd kepada Gek Poh (Holdings) Sdn Bhd pada harga RM51 juta.






