Bosch rancang labur RM1.62 bilion secara berperingkat kukuhkan pengeluaran semikonduktor di Malaysia
PULAU PINANG 1 Ogos - Bosch, pembekal global terkemuka bagi teknologi dan perkhidmatan merancang melabur kira-kira 350 juta euro (RM1.62 bilion) secara berperingkat menjelang pertengahan 2030 bagi mengukuhkan aspek pengeluaran semikonduktor di Malaysia.






