Projek M Zenya Mah Sing dijangka siap 13 bulan lebih awal dari jadual asal
KUALA LUMPUR 28 Julai – Mah Sing Group Berhad mencatat perkembangan positif bagi projek kediaman M Zenya di Kepong apabila struktur binaan tertinggi bangunannya sudah siap (topping out) dan projek itu dijangka dapat disempurnakan 13 bulan lebih awal daripada jadual.






