Terkini | DagangNews Skip to main content

Maybank IB naikkan unjuran KDNK 2024 kepada 4.7% susulan suku pertama tumbuh melebihi jangkaan

KUALA LUMPUR 20 Mei - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 kepada 4.7% daripada 4.4% sebelumnya susulan pertumbuhan suku pertama 2024 (1Q24) yang melebihi daripada jangkaan.

 

Rakuten Trade optimis terhadap prospek P.A. Resources didorong peningkatan kapasiti pengeluaran

KUALA LUMPUR 20 Mei - Rakuten Trade optimis terhadap prospek P.A.

Bursa Malaysia perkenal `Peringatan Dagangan', beri makluman aktiviti luar biasa syarikat tersenarai

KUALA LUMPUR 20 Mei - Bursa Malaysia memperkenalkan Peringatan Dagangan berkuat kuasa serta-merta, kaedah baharu yang memaklumkan mengenai syarikat tersenarai yang menunjukkan aktiviti dagangan luar biasa.

 

Mahkamah Tinggi arah bekas CEO MARA Corp bayar RM3.4 juta kepada syarikat kerana melanggar tugas

KUALA LUMPUR 20 Mei - Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) MARA Corp, Datuk Badlisyah Abdul Ghani membayar firma itu RM3.4 juta selepas didapati bersalah kerana melanggar kewajipan tugas sepanjang tempoh tiga bulan bersama syarikat itu.

 

Jualan kenderaan baharu meningkat 21% kepada 57,991 unit pada April 2024 - MAA

KUALA LUMPUR 20 Mei - Jualan kenderaan baharu pada April 2024 melonjak 21% kepada 57,991 unit berbanding 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

 

Sunview jalin kerjasama dengan Yashil Energiya teroka peluang tenaga diperbaharui di Uzbekistan

KUALA LUMPUR 20 Mei - Sunview Group Bhd mengumumkan kerjasama dengan Yashil Energiya yang berpangkalan di Uzbekistan untuk meneroka peluang tenaga boleh diperbaharui dan hijau di Uzbekistan.

 

Untung bersih Public Bank 1QFY24 susut 3.5% kepada RM1.65 bilion

KUALA LUMPUR 20 Mei - Public Bank Bhd (PBB) mencatatkan untung bersih sebanyak RM1.65 bilion pada suku pertama 2024, penurunan 3.5% berbanding suku sama setahun sebelumnya.

 

OCK Group, SenseTime jalin kerjasama manfaat platform AI pacu pertumbuhan di Malaysia dan global

KUALA LUMPUR 20 Mei - OCK Group Bhd menerusi OCK Digital Sdn Bhd menjalinkan kerjasama strategik dengan SenseTime bagi memanfaatkan platform kecerdasan buatan (AI) syarikat itu bagi memacu pertumbuhan di Malaysia dan di peringkat global.

 

OCBC meterai MoU dengan Beibu Gulf tarik pelabur ke Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan

KUALA LUMPUR 20 Mei - OCBC Bank (M) Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Beibu Gulf Holding (M) Sdn Bhd bagi menarik pelabur menubuhkan operasi perniagaan di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).

 

Harga minyak sawit mentah antara RM3,700-RM3,950 ekoran pemulihan pengeluaran bermusim — MPOC

KUALA LUMPUR 20 Mei - Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka berkisar antara RM3,700 hingga RM3,950 bulan ini apabila pengeluaran pemulihan bermusim menolak harga turun, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

 

Subscribe to Terkini