ITMAX peroleh kontrak parkir pintar kedua di Selangor daripada MBSA | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

ITMAX peroleh kontrak parkir pintar kedua di Selangor daripada MBSA

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Penyedia perkhidmatan infrastruktur digital bersepadu berasaskan kecerdasan buatan (AI), ITMAX System Bhd menerusi Selmax Sdn Bhd menerima kontrak kedua Skim Parkir Pintar Bersepadu (SIP) selama 10 tahun daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

 

Katanya, menerusi pelantikan itu, Selmax bertanggungjawab melaksanakan, mengurus serta mengendalikan tempat letak kereta di bawah kendalian MBSJ.

 

Menerusi kontrak itu, mereka juga diberi pilihan lanjutan kontrak selama lima tahun.

 

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, satu pelan perkongsian hasil telah dipersetujui, di mana Selmax akan menerima 50% daripada jumlah hasil yang dijana daripada kutipan parkir.

 

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ITMAX, William Tan Wei Lun berkata, pihaknya berbesar hati kerana sekali lagi telah dilantik sebagai pengendali SIP di Selangor, menandakan kontrak parkir pintar kedua kami di negeri ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak petak letak kereta ITMAX di MBSJ berpotensi jana RM18 juta setahun - Maybank IB

 

Katanya, pelantikan itu mengukuhkan lagi peranan kami sebagai rakan teknologi yang dipercayai dalam menyokong pihak berkuasa tempatan untuk memodenkan mobiliti bandar.

 

"Melalui integrasi teknologi pemantauan amera litar tertutup (CCTV) dikuasakan AI dan Pengecaman Plat Nombor Kenderaan (LPR) menggunakan Rondaan Mudah Alih, kami berhasrat untuk meningkatkan pematuhan parkir, kecekapan operasi, serta keselamatan awam secara menyeluruh.

 

ARTIKEL BERKAITAN: ITMAX terima kontrak 10 tahun kendali parkir pintar di MBSJ

 

"Dengan rekod pencapaian yang terbukti dalam penyampaian infrastruktur bandar pintar, kami yakin dapat menyumbang secara bermakna kepada agenda Bandar Pintar Selangor serta mempercepatkan transformasi digital perkhidmatan awam.

 

"Kami berharap dapat meluaskan rumusan inovatif kami ke lebih banyak pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk membina persekitaran bandar yang lebih pintar, lebih selamat" katanya. - DagangNews.com