Usaha sama Yinson-PTSC dilanjutkan 12 bulan lagi | DagangNews Skip to main content

Usaha sama Yinson-PTSC dilanjutkan 12 bulan lagi

KUALA LUMPUR 3 Julai - Yinson Holdings Bhd., menerusi PTSC Asia Pacific Pte Ltd (PTSC AP), syarikat usaha sama dengan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC) menerima lanjutan kontrak selama 12 bulan bagi  sewaan bot kosong untuk kemudahan penyimpanan dan pemindahan pengeluaran terapung PTSC Lam Son.

 

Langkah itu adalah sebahagian daripada persetujuan tambahan yang dimeterai oleh pelanggan PTSC dan PTSC AP pada 30 Jun 2022 yang menetapkan tempoh selama 12 bulan mulai 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2023.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Yinson, Lim Chern Yuan berkata, kumpulan telah menjalin hubungan kerja yang rapat dengan rakan kongsinya itu dalam usaha sama ini apabila ia mula dimulakan pada 2017.

 

"Kami gembira dengan pengumuman lanjutan kontrak ini dan akan terus menyediakan masa operasi yang tinggi dan rekod keselamatan yang sangat baik dengan FPSO PTSC Lam Son," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Terma di bawah kontrak sewaan itu juga kekal tidak berubah.

 

Nilai tambahan kedua itu dianggarkan AS$18.1 juta (bersamaan dengan kira-kira RM79.8 juta).

 

Pertambahan itu juga tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham serta struktur pegangan saham syarikat dan sebaliknya dijangka memberi impak positif ke atas pendapatan selain aset bersih sesaham Yinson. - DagangNews.com