Skip to main content

Sunway lancar dua pusat perubatan baharu di Kuching, Sarawak

(Dari kiri) Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Kesuburan Sunway Kuching, Dr Edawati Edrus; Woon Ming Ming, Timbalan Premeir Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Kesuburan Sunway, Dr Kannappan Palaniappan ketika pelancaran Pusat Kesuburan Sunway di Kuching, Sarawak.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUCHING 7 Julai - Kumpulan Perubatan Sunway (SHG) melebarkan sayapnya bagi memenuhi keperluan penduduk Sabah dan Sarawak, menerusi dua pusat rawatan terbaharunya di Kuching, Sarawak iaitu Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) Sunway serta Pusat Kesuburan Sunway. 

 

Di majlis pelancaran tersebut, Pengasas merangkap Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah telah berkongsi tentang komitmen Sunway dalam membekalkan khidmat kesihatan serta pendidikan yang berkualiti lagi bertaraf dunia. 

 

“Sunway amat komited terhadap penganjakan agenda pembangunan lestari  di wilayah ini. Kami telah mendokong kesemua 17 Agenda Pembangunan Lestari, atau juga dikenali sebagai SDG, yang telah diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015. 

 

"Usaha niaga terkini di Sarawak oleh Sunway melalui bahagian perubatan kami adalah selaras dengan komitmen terhadap SDG, khususnya SDG yang ketiga, iaitu ‘kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

 

"Malaysia turut mempunyai reputasi sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan perubatan dalam wilayah kita dan pembangunan kami turut disokong oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai rakan kongsi strategik dalam misi ini. 

 

"Usaha kami di Sunway didorong oleh kesedaran bahawa merealisasikan kesemua 17 SGD memerlukan daya upaya pelbagai sektor dan bukan sahaja badan Kerajaan. Pembangunan masa depan yang lestari akan merangkumi komitmen dari kesemua elemen masyarakat – sektor swasta, ahli akademik, masyarakat sivil, dan asasnya, setiap individu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kedua-dua pusat rawatan baharu di Kuching itu bermatlamat untuk menawarkan akses yang lebih mudah ke atas khidmat kesihatan berkualiti buat penduduk Sarawak, Sabah, Brunei dan negara-negara jiran yang lain. 

 

 

sunway

 

 

Menurut Pengarah Perubatan Pusat TCM Sunway, Dr. Lim Ren Jye, rakyat Malaysia di wilayah Borneo mengambil penerbangan ke Bandar Sunway di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan prosedur TCM yang diinginkan. 

 

"Pada masa yang sama, Pusat Kesuburan Sunway kami yang ternama juga memberi khidmatnya buat para pesakit bagi isu melibatkan fertiliti, termasuk ujian genetik praimplantasi," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kesuburan Sunway, Woon Ming Ming.

 

Pusat TCM Sunway dan Pusat Kesuburan Sunway menawarkan perkhidmatan yang bersifat komplementari, yang mana kaedah TCM berlandaskan bukti membantu membuahkan kejayaan dalam rawatan kesuburan berunsur barat. 

 

Berbekalkan sinergi ini, kedua-dua pusat tersebut membidik untuk menawarkan khidmat penjagaan holistik dengan kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang bertaraf lebih tinggi buat para pesakit. - DagangNews.com