Spritzer lancar filem pendek sempena Tahun Baru Cina | DagangNews Skip to main content

Spritzer lancar filem pendek sempena Tahun Baru Cina

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Jan - Spritzer melancarkan sebuah filem pendek bertajuk ONG-ONG Wishes, SUI-SUI Dishes!, dengan sajian popular hasil idea ketua chef Restoran De Beauty sempena sambutan Tahun Baru Cina.

 

Spritzer dalam satu kenyataan memaklumkan, filem tersebut mempersembahkan sajian popular berlatar belakang majlis makan malam perhimpunan keluarga pada malam sebelum Tahun Baru Cina apabila berkumpul meraikan waktu bersama-sama dan saling mendoakan kesejahteraan serta kemakmuran tahun mendatang ini.

 

Jelasnya, penonton boleh menonton suasana riang dan kebaikan besar air mineral semula jadi di Youtube Spritzer.

 

"Video pendek ini mengenai sambutan tahun harimau dengan juadah enak dan ucapan doa yang membawa memori terhadap hidangan sedap dan kehadiran ahli keluarga disayangi bersama manfaat kesihatan air mineral semulajadi Spritzer. 

 

"Spritzer berharap agar filem pendek ini bukan sahaja membawa kemesraan apabila keluarga berkumpul tetapi memberi inspirasi kepada kita semua hidup lebih sihat dan merasai nikmat kehidupan sepenuhnya," menurut kenyataan tersebut hari ini.

 

Spritzer menyertai Anugerah Pilihan Pakar Top 10 CNY TVCs Edisi 2022 dan mempelawa orang ramai untuk mengundi menerusi pautan, expertschoiceawards.com/vote bermula dari 1 Februari hingga 14 Februari 2022.

 

Bagi mereka yang belum memilih air minuman bagi musim perayaan ini, anda boleh mendapatkan produk Spritzer di kedai berdekatan dan berpeluang memenangi peraduan Minum, Menang & Huat yang akan berakhir pada 15 Februari 2022. - DagangNews.com