Serba Dinamik lepaskan ekuiti di dalam firma Singapura | DagangNews Skip to main content

Serba Dinamik lepaskan ekuiti di dalam firma Singapura

SHAH ALAM 8 Julai –  Serba Dinamik International, subsidiari syarikat kejuruteraan Serba Dinamik Holdings Berhad, melupuskan keseluruhan 25% kepentingannya di dalam firma Singapura, CSE Global kepada Heliconia Capital Mgmt.

Saham berkenaan yang dimiliki Serba Dinamik kira-kira dua tahun lalu, dijual pada harga belian asalnya iaitu 45 sen sesaham (mata wang Singapura), lapor The Edge Singapore.

Heliconia, menerusi pelbagai dana yang diuruskannya, mengambil alih saham CSE Global daripada Serba Dinamik menerusi urus niaga berganda. Fima pengurusan dana itu adalah subsidiari Temasek Holdings mahukan dua kerusi lembaga pengarah, satu untuk Lim How Teck, pengerusi Heliconia dan Derek Lau, CEO Heliconia.

Serba Dinamik, yang beribu pejabat di Shah Alam, kini diwakili di dalam Lembaga Pengarah CSE Global oleh Datuk Dr. Ir. Mohd Karim Abdullah iaitu pengarah urusan dan CEO Serba Dinamik Holdings Bhd. Beliau adalah timbalan pengerusi di dalam Lembaga Pengarah CSE Global.

Sementara itu Syed Nazim Bin Syed Faisal, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Serba Dinamik, juga menduduki kerusi Lembaga Pengarah CSE Global sebagai pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas.

Sebelum itu, Serba Dinamik mengumumkan Azhan Azmi, yang merupakan pengawal kewangan kumpulan, dilantik sebagai CFO. Syed Nazim pula dilantik sebagai pengarah eksekutif bukan bebas.

Jawatankuasa pencalinan CSE Global kini meneliti permintaan Heliconia.

“Kumpulan syarikat ini akan berada di dalam kedudukan lebih teguh untuk meluaskan perniagaan di Singapura dan pasaran luar negara dengan asas pemegang saham institusi yang kuat,” kata Lim Boon Kheng, CEO bagi CSE Global.

“CSE telah mencatat prestasi baik di dalam membina keupayaan kejuruteraan dan rumusan bersepadu yang sangat dicari-cari oleh pelanggan mereka yang melaksanakan projek bernilai tinggi dan kritikal di seluruh dunia, ‘’ kata Lau, CEO bagi Heliconia. – DagangNews.com