RMKe-12 : RM2.25 bilion bantuan perumahan rakyat miskin | DagangNews Skip to main content

RMKe-12 : RM2.25 bilion bantuan perumahan rakyat miskin

KUALA LUMPUR 27 Sept - Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.25 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan ini adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah.

 

Menurut beliau, ia melibatkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar, dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar. 

 

''Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO),'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com