RMKe-12 : Purata pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan pada 2025 | DagangNews Skip to main content

RMKe-12 : Purata pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan pada 2025

KUALA LUMPUR 27 Sept - Kerajaan menyasarkan purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira-kira RM10,000 sebulan pada tahun 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

''Insya-Allah dengan beberapa pembaharuan yang dilaksanakan menerusi pelan pembangunan menyeluruh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com