RMKe-12 : Pelan kebangsaan pemerkasaan ekonomi belia dirangka | DagangNews Skip to main content

RMKe-12 : Pelan kebangsaan pemerkasaan ekonomi belia dirangka

KUALA LUMPUR 27 Sept - Pelan kebangsaan pemerkasaan ekonomi belia sedang dirangka untuk memantapkan peranan anak muda dalam pembangunan negara.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kapasiti dan keupayaan belia akan dipertingkat bagi melahirkan pekerja mahir.

 

Untuk itu kata beliau, semangat patriotisme dan tanggungjawab kepada negara juga akan dipupuk.

 

Akademi Pembangunan Belia Malaysia dan beberapa Kompleks Belia dan Sukan akan dinaik taraf, manakala pusat belia wilayah yang pertama di Malaysia akan dibina bagi merancakkan lagi aktiviti belia.

 

''Anak muda kita akan menjadi pemimpin Keluarga Malaysia pada masa hadapan.

 

''Oleh itu, mereka perlu terus dibimbing dan diberi sokongan untuk bersama mencorak masa depan Malaysia,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com