RMKe-12 : Langkah lebih tegas kekang pendatang tanpa izin | DagangNews Skip to main content

RMKe-12 : Langkah lebih tegas kekang pendatang tanpa izin


KUALA LUMPUR 27 Sept - Perdana Menteri menegaskan beliau akan memastikan langkah yang lebih tegas akan diambil untuk melaksanakan pelan menyeluruh, dan memperkukuh Ops Benteng bagi mengekang pendatang asing tanpa izin.

 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keselamatan rakyat dan kedaulatan negara merupakan perkara asas bagi memastikan keamanan dan kestabilan Malaysia.

 

Katanya, antara inisiatif yang akan dilaksana merangkumi langkah menambah baik kesiapsiagaan, kawalan sempadan dan penguatkuasaan, mempertingkat ketenteraman awam, mengukuhkan keselamatan dan pertahanan siber serta menjaga kebajikan anggota.

 

``Antara projek yang akan dilaksanakan, termasuk Marine Police Sea Monitoring System di lima wilayah maritim, pembinaan Bare Base Tentera Udara Bintulu, Sarawak, pembinaan Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan peningkatan keupayaan aset maritim.

 

``Selain itu, kem tentera baharu di Felda Sahabat, Kem 5 Briged di Kota Belud dan kem Pasukan Gerakan Am di Beluran, Sabah akan siap dibina dalam tempoh RMKe-12,'' ,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini.

 

Perdana Menteri berkata, dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara akan diperkenal, bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkaitan pertahanan dan keselamatan. - DagangNews.com