Peningkatan operasi syarikat penghantaran produk PMKS semasa Ramadan, Syawal | DagangNews Skip to main content

Peningkatan operasi syarikat penghantaran produk PMKS semasa Ramadan, Syawal

Oleh Afizan Amer

RAMADAN merupakan salah satu musim kemuncak bagi industri e-dagang dan juga perkhidmatan penghantaran dan logistik di Malaysia.

 

Syarikat-syarikat penghantaran pos ekspres di Malaysia yang memfokuskan perniagaan e-dagang perlu melakukan pelbagai persiapan awal daripada sumber manusia sehinggalah operasi menjelang musim puncak Ramadan 2022 walaupun negara bakal memasuki fasa endemik.

 

Penghantaran tertinggi pada setiap bulan Ramadan semasa pandemik melanda, selalunya akan memuncak pada minggu ketiga Ramadan menjelang Aidilfitri.

 

Menjelang Lebaran kelak, semua orang mula menyediakan pelbagai jenis keperluan bermula dari membeli kuih raya, membeli pakaian dan juga menyediakan bungkusan yang cantik.

 

Apabila tibanya Lebaran, semua pusat membeli-belah pastinya akan menjadi sangat sesak, di mana tempat itu akan dipenuhi pengguna dan suasana ini pasti akan berkurangan kini.

 

Justeru itu, jangan terkejut jika perkhidmatan pos ekspres dan logistik akan meningkat secara drastik menggantikan pembelian secara tradisional.

 

Meskipun majoriti rakyat Malaysia membeli-belah untuk Ramadan memerlukan platform dalam talian kerana ia lebih menjimatkan masa dan kos, namun perkhidmatan penghantaran dan logistik tetap diperlukan.

 

Produk yang mendapat permintaan tinggi ialah produk fesyen , kosmetik dan elektronik. Begitu juga dengan, pertumbuhan bilangan pakej cenderamata yang  juga turut dialami.

 

Setiap tahun perkhidmatan pos ekspres dan logistik pada bulan Ramadan sentiasa menunjukkan  peningkatan berikutan pelbagai promosi dalam platform e-dagang yang memberi impak positif kepada industri pos ekspres dan logistik.

 

Syarikat-syarikat ini sudah tentunya akan bersedia untuk menghadapi suasana ini sekali lagi dengan menyambut pembukaan ekonomi semula sesudah masalah COVID-19 semakin terkawal.


 

parafrasa

 


Ini sudah tentu menjadikan syarikat-syarikat pos ekspres dan logistik bersedia menghadapi lonjakan bungkusan yang akan dicatatkan pada Ramadan tahun ini.

 

Semasa perintah kawalan pergerakan COVID-19 terdapat peningkatan sehingga 3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya, yang juga merupakan sasaran yang telah syarikat-syarikat ini tetapkan pada tahun ini.

 

Selain itu, menjelang Ramadan tahun  2022 kebanyakan syarikat pos ekspres dan logistik telah menambah gudang pengasingan di setiap negeri  bagi menangani kesibukan transaksi jual beli platform dalam talian yang menjadi faktor peningkatan penghantaran.

 

Sejak dua tahun lalu, syarikat-syarikat ini dilihat  telah membuat persiapan dengan menambah gudang pengasingan di beberapa bandar di setiap negeri termasuk di Sabah dan Sarawak.

 

Kebanyakan gudang pengasingan itu telah beroperasi secara rasmi semenjak masalah COVID-19 melanda dan kebanyakannya akan dilengkapi dengan mesin pengasingan automatik untuk memberikan perkhidmatan yang optimum.

 

Syarikat-syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana berlumba lumba untuk menyediakan pelbagai variasi produk makanan dan minuman berkualiti termasuk untuk pilihan pakej cenderahati perayaan.

 

Perusahaan mikro kecil dan sederhana menjangkakan bulan Ramadan dan lebaran tahun ini akan berlaku juga peningkatan permintaan barangan keperluan.

 

Menyedari bahawa keperluan masyarakat semakin meningkat, khususnya dalam menjalankan tradisi berkongsi hamper atau bingkisan kiriman maka perkhidmatan pos ekspres dan logistik yang cekap adalah amat diperlukan.

 

Untuk itu, dalam semarak kempen jualan sempena Ramadan, majoriti syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana menghadirkan berbagai pilihan produk makanan dan minuman yang banyak digemari masyarakat Malaysia dan boleh menjadi bungkusan hamper untuk diberikan kepada sahabat handai mahupun keluarga tercinta tanda ingatan dan pengganti diri.

 

Peningkatan kadar permintaan barangan pengguna di bulan Ramadan juga didorong tradisi masyarakat Muslim di Malaysia melihat bulan  Ramadan adalah  merupakan detik kebersamaan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam ibadah dan aktiviti keagamaan selama sebulan penuh.


 

parafrasa

 


Banyak perkara yang perlu dipersiapkan dalam menyambut bulan Ramadan, bermula dari pakaian, kelengkapan rumah, resipi mahupun hadiah.

 

Perubahan gaya hidup orang masyarakat Muslim Malaysia pada bulan Ramadan dan Aidilfitri boleh menjadi peluang yang manis kepada penggiat perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat pos ekspres.

 

Ini memandangkan pada masa itu masyarakat biasanya menjadi lebih gemar berbeli-belah termasuk yang bukan muslim.

 

Jika perusahaan mikro, kecil, dan sederhana hendak memulakan langkah baru untuk keluar dari kesukaran pandemik COVID-19 mereka pastinya berminat untuk mencuba memulakan semula perniagaan bermusim di bulan Ramadan ini.

 

Malah tidak salah untuk menyediakan segalanya lebih awal, kerana dengan persiapan yang rapi, hasil yang diperoleh juga akan dapat dimaksimumkan. – DagangNews.com

 

 

Afizan Amer adalah Ketua Jabatan Perundingan & Latihan, Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) dan Pensyarah Kanan Pemasaran Digital Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Kampus Rembau, Universiti Teknologi Mara N.Sembilan