Pandemik dorong Hanis Baiduri ceburi perniagaan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
MULANYA DI SINI - 17 January 2022

PANDEMIK DORONG HANIS BAIDURI CEBURI BIDANG PERNIAGAAN

Oleh IZMAYANI SA'ADIN

 

 

PERNIAGAAN dalam talian merupakan satu daripada aktiviti perniagaan yang menggunakan teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna melalui Internet.

 

Perniagaan dalam talian bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil atau individu walaupun mereka mempunyai pekerjaan tetap bagi memperoleh pendapatan sampingan.

 

Hal ini menunjukkan bahawa perniagaan dalam talian semakin mendapat sambutan hangat iaitu memberi kebaikan kepada peniaga mahupun pengguna.

 

Pada musim pandemik COVID-19, usahawan muda iaitu Hanis Baiduri Kamaruzaman mengambil langkah drastik dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan dalam talian.

 

Akibat kekangan modal, beliau memulakan perniagaan abaya dengan jumlah yang minimum iaitu RM6,000.

 

Agak mustahil untuk membuka butik pada musim pandemik kerana kebanyakkan sektor sosial ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi.

 

Tambahan pula, kesukaran untuk mencari pekerja tetap bagi menjalankan operasi perniagaan.

 

Bibit-bibit penglibatan beliau dalam dunia perniagaan banyak terinspirasi daripada perniagaan keluarga.

 

Hanis Baiduri mengambil peluang untuk bekerja di restoran milik keluarganya dengan upah sebanyak RM70 sehari serta menjual kuih-muih dan memperoleh sekitar RM60-100 sehari.

 


 

Hanis Baiduri Kamaruzaman
                     Hanis Baiduri Kamaruzaman

 


 

Hanis Baiduri yang merupakan pemilik Ira Baiduri Empire, adalah graduan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Perak dalam bidang rekaan fesyen menjalankan perniagaan sendiri iaitu mereka dan menjual koleksi pakaian muslimah iaitu “Abaya”.

 

Untuk mempertingkatkan perniagaan, Hanis Baiduri banyak menjalankan pemasaran perniagaan secara dalam talian menggunakan platform media sosial iaitu Instagram dengan cara berkesan.

 

Penerimaan pelanggan melalui jual beli secara dalam talian sangat memberangsangkan. Khidmat reviewer daripada pempengaruh & artis juga turut memberi impak yang amat besar terhadap perniagaannya.

 

Dengan bantuan mereka, segala maklumat perniagaan boleh diketahui umum dengan lebih pantas. Justeru itu, platform dalam talian merupakan landasan perniagaan yang sangat bagus kerana ianya bertindak dengan lebih pantas tanpa menggunakan modal yang tinggi.

 

“Penting untuk meletakkan tanda pagar (hashtag) ketika memasarkan produk menggunakan Instagram agar pelanggan mudah mendapatkan carian barangan jualan yang ditawarkan.

 

“Hubungan baik dengan pelanggan juga perlu dijaga. Kita perlu kekalkan pelanggan lama disamping mencari pelanggan baharu dan saya juga membina hubungan yang baik dengan pembekal. Untuk rekod, senarai data pelanggan saya telah mencapai hampir 2,000 orang” ujar Hanis.

 

Biarpun masih muda, Hanis Baiduri mempunyai pengalaman dan tips untuk dikongsikan kepada bakal-bakal usahawan.

 


 

Hanis Baiduri Kamaruzaman
Koleksi pakaian yang dijual Ira Baiduri Empire secara dalam talian oleh Hanis Baiduri Kamaruzaman

'

 

 

''Kita perlu mengambil pengalaman daripada orang yang berpengalaman, jangan lupakan orang yang paling rapat dengan kita dan jangan buat kerja separuh jalan dan fokus melakukan sesuatu sehingga berjaya.

 

“Dalam perniagaan, mesti ada sasaran untuk capai pendapatan dan keuntungan dengan jelas. Kita perlu bijak membahagikan masa dalam mengatur aktiviti kehidupan, perlu ada mentor, hadir diri dalam kursus atau seminar perniagaan serta tanya pada yang pakar,” ujarnya.

  

Pada hari ini, wanita Muslimah boleh membuat pilihan untuk membeli mana-mana rekaan busana Muslimah yang terdapat dalam talian untuk mencipta satu penampilan yang bersesuaian dengan nilai, tradisi dan cita rasa mereka. 

 


 

Hanis Baiduri Kamaruzaman

 

 

Bagi mereka yang bekerjaya, kesibukan bekerja merupakan satu sebab mengapa pengguna lebih gemar melakukan pembelian dalam talian. 

 

Di samping itu pengguna sekarang lebih selesa dan lebih mempercayai transaksi yang dibuat secara dalam talian.

 

Dengan adanya cara yang betul dan permintaan yang tinggi daripada pengguna, tentunya perniagaan busana Muslimah secara dalam talian akan lebih maju.

 

Semoga perniagaan busana Muslimah dalam talian akan terus berkembang, seterusnya memberi keuntungan kepada usahawan-usahawan tempatan.

 

Izmayani Sa’adin adalah Koordinator Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) Universiti Teknologi MARA (Cawangan Perak)
Portfolio Tags