OPEC+ tangguh kurangkan bekalan, harga minyak naik | DagangNews Skip to main content

OPEC+ tangguh kurangkan bekalan, harga minyak naik

 

 

NEW YORK 3 Nov. - Harga minyak melonjak tinggi dalam tempoh tiga minggu pada Isnin apabila pengeluar minyak bersekutu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) dilaporkan akan menangguhkan perancangan mengurangkan pengeluaran. 

Menurut Bloomberg, dalam niaga hadapan New York, ia hampir mencecah AS$37 setong selepas meningkat 2.9% dalam sesi sebelumnya. 

Semalam, Menteri Tenaga, Alexander Novak mengadakan pertemuan dengan pengeluar Rusia bagi membincangkan penangguhan pengurangan pengeluaran selama tiga bulan. 

Setelah berminggu-minggu, OPEC+ memberi isyarat bahawa rancangannya untuk menambah bekalan sebanyak 2 juta tong sehari bermula Januari perlu dipertimbangan memandangkan permintaan merosot. 

Peningkatan kes COVID-19 di Eropa dan Amerika Syarikat (AS) serta pengeluaran yang meningkat di Libya mendorong penurunan harga minyak mentah sebanyak 6% dalam dagangan awal pada Isnin. 

Pandemik itu juga menyaksikan permintaan minyak global susut kepada 88 dan 89 juta tong sehari, menurut Pengerusi Trafigura Group, Jeremy Weir. 

Data Agensi Tenaga Antarabangsa pula menunjukkan ia lebih rendah 10% berbanding 2019.   

West Texas Intermediate bagi penghantaran Disember meningkat 0.5% kepada AS$37.01 setong di New York Mercantile Exchange pada 8.23 pagi waktu Singapura. 

Brent untuk penghantaran Januari pula melonjak 4% kepada AS$38.97 setong di ICE Futures Europe Exchange selepas susut sebanyak 4.6% dalam dagangan sebelumnya. 

Menurut kaji selidik Bloomberg, pengeluaran OPEC melonjak 470,000 tong sehari pada Oktober kepada 24.74 juta sehari. - DagangNews.com