Minda Keusahawanan Bermula Dengan Apa Yang Kita Miliki  | DagangNews.com Skip to main content

Minda Keusahawanan Bermula Dengan Apa Yang Kita Miliki 

Oleh Prof Dr Abdol Samad bin Nawi

JIKA kita teliti Teori Keusahawanan Berasaskan Kesan yang diasaskan oleh Saras. D. Sarasvathy, seorang penyelidik keusahawanan dari Amerika Syarikat, terdapat lima prinsip dalam “teori kesan”.

 

Prinsip pertamanya  ialah “Bird In Hand” iaitu satu simpulan bahasa Amerika yang bermaksud apa sahaja yang kita miliki atau apa sahaja yang ada di tangan kita sebenarnya.

 

Prinsip pertama ini menekankan tentang tiga perkara utama yang bermula dari dalam diri seseorang, iaitu yang pertama siapa kita, kedua adalah apa yang boleh kita lakukan, dan ketiga ialah siapa yang kita tahu atau kenal.

 

Bird in hand

 

Jika kita kembali kepada peribahasa “Bird In Hand”, perkara pertama yang kita bicarakan, sebagai contoh, Apakah minat saya? Apa hobi saya? Graduan apa saya? Apa yang boleh saya lakukan? Kalau boleh, mungkin juga saya dari keluarga mana? Itu bukan bermula dari perkataan “APA”, tetapi lebih kepada “SIAPA SAYA”.

 

Kemudian perkara yang kedua kita juga perlu bercakap tentang apa yang boleh kita lakukan.

 

Apa yang saya boleh buat sebagai contoh, mungkin saya telah mengambil kursus tertentu, saya telah belajar ini, belajar itu, saya pernah ke universiti contohnya supaya saya ada kemahiran tertentu, ini yang saya boleh buat.

 

Katakan saya boleh menggunakan kimpalan untuk elektronik, saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik contohnya, saya mungkin boleh melukis dengan baik , atau saya boleh memasak sebagai contoh, semua ini adalah apa yang boleh kita lakukan.

 

uitm

 

Perkara yang ketiga yang terdapat dalam prinsip pertama ini, ialah siapa yang kita kenal.

 

Apa yang perlu kita tahu melalui perkara ini berkaitan dengan siapa yang  akan menyokong saya sebagai punca modal yang boleh saya miliki.

 

Contohnya, saya kenal kawan saya, saya kenal keluarga saya, sudah tentu orang yang rapat dengan saya.

 

Ini adalah modal awal dalam mencuba memasuki bidang keusahawanan.

 

Jadi jangan sampai kalau nak buka perniagaan timbul persoalan contohnya, "Wah, takde modal".

 

Kerana modal awal itu perlu untuk menyokong siapa kita? Apa yang boleh kita lakukan? Dan siapa yang kita kenal.

 

uitm

 

Mungkin banyak perniagaan yang diasaskan kerana ibu bapa mereka boleh memasak, atau isteri yang boleh membakar kek misalnya.

 

Atau mungkin kata kakak yang boleh ada kemahiran tertentu yang membuatkan perniagaan berjalan lancar. Jadi semua ini adalah sebahagian daripada modal, tidak hanya tertakluk kepada kewangan.

 

Tiga perkara utama di atas perlu dilaksanakan dalam prinsip pertama “teori keberkesanan” yang bermula dari peribahasa “Bird In Hand”. 

 

Tiga perkara ini  melibatkan kemahiran berunding yang tinggi dengan setiap dan semua pihak yang berkepentingan yang bersedia memberikan komitmen terhadap perusahaan ataupun perniagaan yang akan kita ceburi.

 

Tiga perkara ini akan  mengajar dan memberi jawapan kepada seseorang usahawan tentang potensi dan modal yang ada di tangan mereka untuk dioptimumkan.

 

Tiga perkara di atas juga adalah amat penting kerana ia akan membolehkan seseorang usahawan itu menilai kekuatan semangat, hobi, latar belakang keilmuan, kebolehan, dan asal keturunan.

 

Dengan kata yang mudah untuk memulakan perniagaan, kenali diri anda dahulu.

 

uitm

 

Seseorang yang baru berjinak-jinak dengan bidang keusahawanan sering mencari idea untuk perniagaan mereka.

 

Perkara utama mana-mana usahawan yang berada pada situasi ini adalah untuk memastikan mereka mencari idea perniagaan yang akan memberinya jiwa dan yang akan dilaksanakan dengan senang hati.

 

Itulah sebabnya adalah amat sesuai sekiranya usahawan dapat berfikir tentang menggunakan hobinya sebagai perniagaan.

 

Hobi adalah apa yang terlibat dalam masa lapang. Ia boleh melukis, merajut, sulaman dan banyak lagi kelas hobi lain yang mereka  suka.

 

Hari ini, hobi sebagai perniagaan adalah pilihan yang sangat biasa. Oleh kerana hobi orang ramai sangat pelbagai, maka para usahawan baru  tidak akan mempunyai masalah yang besar untuk membuat berbezaan diri dari segi jenis perniagaan.

 

Setiap individu pastinya mahu bekerja dalam keseronokan termasuk seorang usahawan, dan tidak terlibat dalam kerja rutin.

 

uitm

 

Seperti yang kita sedia ketahui, orang yang bahagia melahirkan tiga perkara: keceriaan, keupayaan untuk maju dan kerja yang menarik.

 

Banyak bukti pada hari ini, hobi dijadikan sebagai perniagaan di mana ia adalah impian semasa kanak-kanak yang tidak dapat direalisasikan, tetapi tidak ada yang mengganggu apa-apa perlaksanaannya di alam dewasa!

 

Perkara utama  untuk mengetahui, dalam arah apa untuk bergerak dan ke mana untuk usahawan bergerak. - DagangNews.com

 

Prof Dr Abdol Samad Nawi adalah Penolong Naib Canselor (Keusahawanan), Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), Universiti Teknologi MARA