Kempen cabutan bertuah Canon tawar hadiah lebih RM50,000 | DagangNews Skip to main content

Kempen cabutan bertuah Canon tawar hadiah lebih RM50,000

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Julai - Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-35 di Malaysia, Canon Marketing Malaysia (Canon) mengumumkan pelancaran kempen cabutan bertuah 'INKPressive Prints with Canon' untuk memberi ganjaran kepada pengguna atas sokongan berterusan mereka.

 

Kempen cabutan bertuah akan berlangsung dari 4 Julai hingga 30 September 2022. 

 

Untuk bertanding hadiah mingguan dan hadiah akhir bernilai lebih RM50,000, pelanggan hanya perlu membeli produk tulen Canon bernilai RM100 dalam satu resit daripada mana-mana Rakan Kongsi Produk Sah Canon serta menjawab 2 soalan mudah dan serahkan penyertaan melalui laman web 'Your Life With Canon'.

 

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, produk Canon yang boleh dibeli termasuk kartrij dakwat, botol dakwat, toner laser, dram dan media atau kertas foto. 

 

Peserta digalakkan untuk meningkatkan peluang mereka untuk menang dengan membuat lebih banyak pembelian kerana tiada had kepada bilangan penyertaan yang dibenarkan.

 

Selain hadiah mingguan yang terdiri daripada 2 keping tiket Legoland Malaysia Triple Park bernilai RM626 setiap satu, peserta boleh memenangi hadiah menarik lain seperti kamera Canon, projektor mini, pencetak dan hadiah utama iPhone 13 Pro baharu bernilai RM3,899. 

 

Pemenang akan diumumkan pada 11 November 2022 melalui laman Facebook dan Instagram rasmi Canon.

 

 

canon

 

 

Bahan guna habis Canon tulen direka bentuk sebagai pelengkap sempurna kepada pencetak Canon untuk memastikan cetakan berkualiti tinggi dan bertenaga yang konsisten, prestasi yang boleh dipercayai dan nilai yang luar biasa dengan setiap cetakan. 

 

Penggunaan bahan habis pakai tulen itu juga membantu memanjangkan jangka hayat dan kebolehpercayaan pencetak Canon.

 

Ketua Bahagian Produk Sistem Pengguna Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee berkata, melalui kempen itu, pihaknya ingin mewujudkan kesedaran kepada pelanggan tentang kepentingan dan faedah menggunakan bahan habis pakai tulen sambil memberi ganjaran untuk pembelian mereka.


.
“Kami tidak boleh cukup menekankan kepentingan menggunakan bahan habis pakai tulen untuk memastikan kerja kekal produktif dan cekap untuk pelanggan kami.

 

"Masih kurang kesedaran tentang kemungkinan akibat negatif daripada menggunakan bahan tiruan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Di Malaysia, Canon juga telah menjadi peneraju pasaran dalam industri pencetak inkjet selama 26 tahun berturut-turut sejak 1996 dan dalam industri pencetak laser selama 7 tahun berturut-turut sejak 2015. - DagangNews.com