Skip to main content
DagangNews.com
Kolum Apa Kata Media Cina - 11 December 2021

KEJAYAAN EKONOMI MALAYSIA

Oriental Daily, 7 Disember 2021

 

 

 

KEBELAKANGAN, China popular dengan perbincangan norma baharu yang dibahagikan kepada 3 aspek:

1. Tempoh peralihan iaitu kadar pertumbuhan ekonomi daripada kelajuan tinggi kepada sederhana.

2. Tempoh penyesuaian keadaan struktur ekonomi yang teruk.

3. Tempoh pencernaan kepada dasar rangsangan sebelum ini dan pelaburan yang berlebihan.

 

Sejak reformasi ekonomi China 1978, pertumbuhan ekonomi negara itu meningkat dan semakin pesat selepas bergabung menjadi anggota ‘World Trade Organization’ pada tahun 2001.

 

Bagaimanapun selepas memasuki tahun 2015, purata kadar pertubuhan tahunan kurang daripada 7%, sekitar 6% sahaja.

 

Kelembapan yang tidak dapat dielakkan ini menyebabkan hasil kerajaan berkurang dan timbul isu pengangguran.

 

Kelembapan pertumbuhan ini bukan disebabkan oleh kitaran tetapi adalah trend dan struktur.

 

Sebenarnya banyak negara seperti Malaysia dan Thailand juga mengalami masalah yang sama.

 

apa

 

Pada tahun 1987-97, purata kadar pertumbuhan tahunan Malaysia boleh mencapai 9%. Tetapi selepas memasuki krisis kewangan, kadar pertumbuhan hanya 4.5%.

 

Dalam erti kata lain, Malaysia sebenarnya telah memasuki norma baharu pada awal tahun 1998. Dalam tempoh 20 tahun ini, kadar pertumbuhan adalah berbentuk L.

 

Kitaran adalah bermaksud ekonomi dalam dan luar negara mengalami pasang surut.

 

Beberapa negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Filipina, Indonesia dan India, kadar ekonomi mereka tidak berubah menjadi perlahan sebaliknya negara yang berpendapatan sederhana tinggi seperti Malaysia dan Thailand berubah menjadi lembap.

 

Menerusi trend ini, negara yang bermula dari titik rendah, berkemungkinan mengalami pertumbuhan lebih cepat.

 

Manakala negara yang mempunyai titik permulaan lebih tinggi terutamanya negara maju, umumnya pertumbuhan tidak melebihi 3%.

 

Malaysia pula telah memasuki negara berpendapatan sederhana tinggi dan banyak rintangan yang perlu ditempuh untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

 

Keadaan ini melibatkan isu momentum pertumbuhan awal. Secara umumnya, terdapat pelbagai kaedah pertumbuhan ekonomi.

 

fudzail

 

Negara yang berpendapatan rendah dan sederhana (pendapatan per kapita kira-kira antara AS$1,000 dan AS$4,000), boleh bergantung kepada tenaga kerja, sumber material, modal sebagainya untuk mendorong pertumbuhan.

 

Pertumbuhan meluas ini boleh mengembangkan keluaran dan kadar pertumbuhan disebabkan oleh peningkatan elemen input pula adalah perubahan kuantitatif bukan kualitatif.

 

Apabila kuantitatif mencapai jumlah tertentu, ia boleh digunakan sebagai asas untuk perubahan kualitatif tetapi belum tentu boleh berjaya.

 

Perkara yang paling penting di sini ialah  dengan menggalakkan pengoptimuman dan menaik taraf struktur perindustrian.

 

Malaysia dan China bergantung kepada 3 penggerak utama pertumbuhan ekonomi iaitu pelaburan, perbelanjaan (permintaan domestik) dan eksport.

 

Pada tahun 1987-97, Malaysia bergantung kepada pelaburan dan eksport yang tinggi, tetapi  selepas 1998, kejatuhan pelaburan secara mendadak telah membuatkan eksport menurun dan terpaksa bergantung kepada permintaan domestik.

 

Beberapa tahun ini, hutang isi rumah Malaysia telah mencecah hampir 90% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.

 

Boleh dikatakan kebergantungan kepada permintaan domestik memberi risiko tinggi kerana sukar untuk memainkan peranan.

 

PM

 

Inovasi adalah istilah popular hari ini, tetapi siapa dan bagaimana untuk menggalakkan inovasi?

 

Perkara ini boleh dibincangkan dari sudut penawaran dan permintaan.

 

Pertama sekali ialah peningkatan kualiti tenaga buruh, supaya lebih ramai pekerja mempunyai pengetahuan dan kemahiran praktikal.

 

Perkara ini tidak boleh bergantung kepada pasaran tetapi kerajaan. Rakyat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran adalah aset, mana-mana syarikat boleh menggunakannya agar tidak perlu lagi mengeluarkan pelaburan yang tinggi untuk modal insan.

 

Selain memberi latihan modal insan, perusahaan juga  perlu mempunyai semangat keusahawanan, berani berjuang untuk menang.

 

Banyak negara membangun mempunyai dasar perindustrian tetapi biasanya berakhir dengan kegagalan.

 

Sebab utamanya ialah syarikat tiada daya usaha dan hanya mahu bergantung hubungan dengan kerajaan untuk mendapat keuntungan segera.

 

Malaysia sebenarnya  sebuah negara kekurangan peluang pekerjaan yang baik.

 

Bagi mempercepatkan mobiliti sosial dan mengurangkan jurang kemiskinan maka jalan keluar adalah  berhijrah ke luar negara.

 

Mereka ini nanti mungkin dapat mencari peluang baharu yang akhirnya akan memberi keuntungan kepada negara asal dan negara yang didiaminya. 

 

PM

 

Pada tahun 1977, Malaysia daripada negara berpendapat rendah kepada sederhana (kira-kira AS$960), China pada masa itu hanya AS$280 per kapita.

 

Tetapi menjelang 2020, kedudukan pendapatan per kapita China telah mengatasi Malaysia (China tangga ke-63, Malaysia ke-64).

 

Jelas sekali, Malaysia bukan sahaja kalah kepada Taiwan dan Korea Selatan, malah China yang baru memulakan reformasi dan membuka pintu pada tahun 1978 turut mengejar Malaysia. Ini ada trend yang perlu kita waspada.

 

Jika rakyat Malaysia hanya berpuas hati  dan bangga dengan apa yang ada, nescaya masa depan ekonomi negara pastinya membimbangkan.

 

Kita sebagai rakyat perlu berusaha untuk mencapai  ke puncak, dan tugas utama ialah bagaimana untuk mengatasi kekurangan bekalan.

 

 

Rencana ini disiarkan di dalam akhbar  Oriental Daily, 7 Disember 2021 dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. - DagangNews.com

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA

Portfolio Tags