Inisiatif baharu baiki perkhidmatan jalur lebar negara diumum dalam masa terdekat - Annuar | DagangNews Skip to main content

Inisiatif baharu baiki perkhidmatan jalur lebar negara diumum dalam masa terdekat - Annuar

Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dan bergambar bersama kakitangan Digital Nasional Berhad (DNB) ketika lawatan ke DNB di Menara TRX. - Gambar Facebook Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR 29 Jun - Inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara akan diumum dalam masa terdekat, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. 

 

Beliau menerusi catatan di Facebooknya berkongsi mengenai lawatan beliau ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) semalam untuk melihat status terkini pelaksanaan rangkaian 5G negara. 

 

"Seperti biasa saya akan melihat dengan dekat mengenai status terkini pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya teratur dan mengikut jadual.

 

"Saya akan buat beberapa pengumuman dalam masa terdekat berhubung inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara,” katanya.

 

 

kkomm

 

 

kkomm

 

DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

 

 

kkomm

 

 

kkomm

 

 

DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 antaranya untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia. - DagangNews.com