Yang di-Pertuan Agong kini miliki 12.4% ekuiti di dalam Citaglobal Berhad | DagangNews Skip to main content

Yang di-Pertuan Agong kini miliki 12.4% ekuiti di dalam Citaglobal Berhad

KUALA LUMPUR 19 Sept - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meningkatkan pegangan dalam Citaglobal Bhd, syarikat senaraian awam yang terbabit dalam industri kejuruteraan sivil, pembinaan, minyak dan gas (O&G) serta pembuatan.

 

Al-Sultan Abdullah kini menguasai kepentingan 12.4 peratus, meningkat daripada 9.0 peratus sebelum ini, menurut laporan Berita Harian.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Citaglobal berkata, Al-Sultan Abdullah memiliki kepentingan langsung sejumlah 132,118,593 unit saham dalam syarikat yang mula diperbadankan atas nama Weng Zheng Resources Bhd dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2 Januari 2008.

 

Syarikat turut memiliki unit operasi utama iaitu Citaglobal Land Sdn Bhd, Sinergi Dayang Sdn Bhd, Citaglobal Energy Sdn Bhd dan WZS Industries Sdn Bhd.

 

Pada 7 Jun lalu, kumpulan itu menukar nama kepada Citaglobal Bhd sebagai memberi gambaran yang lebih baik mengenai skop perniagaan yang bergerak ke hadapan.

 

TERBAHARU 20 SEPT 2022: Dua sepupu Yang di-Pertuan Agong lepaskan jawatan pengarah daripada Citaglobal Berhad

 

Menurut laman web rasmi Citaglobal, syarikat itu berhasrat menjadi sebuah konglomerat yang terbabit dalam sektor pengurusan kemudahan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur dan teknologi.


 

Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria
                         Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria

 


Citaglobal dipimpin oleh Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria sebagai Presiden dan Pengerusi Eksekutif bersama Naib Pengerusi Eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Uzir Tengku Ubaidillah. - DagangNews.com