Sapura Industrial, Mili Tech rangka usaha sama teroka bidang pengubahsuaian bateri EV
KUALA LUMPUR 5 Nov - Sapura Industrial Berhad (SIB), melalui anak syarikat milik penuhnya, SIB Ventures Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan Mili Tech Sdn Bhd untuk menjalin usaha sama dan meneroka bidang pengubahsuaian bateri kenderaan elektrik (EV).