Ringgit cecah 4.00 pada penghujung 2020? | DagangNews Skip to main content

Ringgit cecah 4.00 pada penghujung 2020?

Ringgit Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Julai - Ringgit dijangka unjur sehingga 4.00 berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS$) pada penghujung tahun ini seiring pemulihan ekonomi global.

Memetik laporan The Malaysian Reserve, walaupun kadar pertukaran ringgit terjejas oleh wabak jangkitan Covid-19, namun pakar percaya mata wang negara mampu mencecah melebihi kadar lingkungan 4.30 ke 4.35 berbanding Dolar AS.  

Ketua strategi pasaran global AxiCorp, Stephen Innes meramalkan nilai ringgit akan melepasi 4.20 pada bulan Julai sekiranya harga minyak kekal seterusnya berada pada paras 4.00 pada suku akhir 2020. 

“Nilai ringgit untuk melepasi zon 4.30 hingga 4.35 adalah sesuatu yang sukar sekiranya arah pasaran komoditi kekal konsisten,” katanya. 

Semalam, ringgit ditutup pada kadar 4.283 berbanding Dolar AS selepas nilainya merosot pada Isnin lalu berikutan kedudukan fiskal yang lemah dan ketidaktentuan politik. 

Seluruh dunia ketika ini berusaha untuk bangkit semula dalam segala aspek terutamanya sektor ekonomi selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Tidak ketinggalan negara AS yang semalam mencatatkan kes Covid-19 melebihi 47,000 dan pakar menjangkakan pasaran mata wang dan ekuiti akan terus tidak menentu. - DagangNews.com