Skip to main content

Ramssol yakin segmen EduTech berpotensi besar dalam strategi pertumbuhannya

Datuk Seri Cllement Tan
Oleh JOHARDY IBRAHIM

CYBERJAYA 9 Jun – Ramssol Group Berhad melihat potensi besar dalam segmen EduTech dan akan terus mencari peluang untuk mengembangkan segmen ini pada tahun-tahun mendatang sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Cllement Tan Chee Seng berkata, Ramssol gembira kerana Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah dan terus menunjukkan sokongan serta pengiktirafan untuk program kesedaran liabiliti korporat.

 

Apabila program ini diluluskan kata beliau, Ramssol boleh melengkapkan institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dengan alat yang diperlukan untuk menangani rasuah.

 

"Kami percaya bahawa program ini akan membolehkan kami menyaksikan potensi pertumbuhan dalam segmen EduTech kerana kami akan dapat memperkenalkan program latihan kepada lebih 480 IPT di seluruh negara.

 

“Melihat ke hadapan, kami yakin momentum pertumbuhan Syarikat akan berterusan.

 

"Kami percaya segmen perniagaan Teknologi Sumber Manusia akan meneruskan momentumnya dengan pertumbuhan yang stabil pada FY2022 sambil terus mencari peluang untuk mengembangkan lagi segmen EduTech,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

 

Penyedia penyelesaian dan teknologi Pengurusan Modal Insan (HCM) tersebut, hari ini mengumumkan bahawa semua resolusi dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan kedua Syarikat (AGM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY2021) yang diadakan secara maya telah diluluskan.

 

Pemegang saham meluluskan resolusi untuk memilih semula Cllement Tan dan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi, Lee Miew Lan.

 

 

ramssol

 

 

Resolusi lain yang diluluskan termasuk yuran meluluskan, imbuhan dan faedah kepada ahli Lembaga Pengarah, pelantikan semula Crowe Malaysia PLT sebagai juruaudit Syarikat dan kuasa untuk menerbitkan saham.

 

Mengulas prestasi syarikat, Cllement berkata, Ramssol meraih beberapa pencapaian penting pada FY2021, yang mana kemuncaknya ialah kejayaan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

"Kami juga bekerjasama dengan firma AI Laiye untuk membantu membina tenaga kerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk hari ini dan masa depan, bekerjasama dengan Impiana Hotels Berhad untuk menyediakan program yang diperakui latihan Human Resources Development Corp untuk tenaga kerja Malaysia dan, bekerjasama dengan ELMU V Sdn Bhd untuk menggalakkan tadbir urus dan latihan untuk kursus anti-rasuah,” katanya.

 

“Kami mencapai prestasi kewangan dengan mencatatkan peningkatan lebih 100% dalam hasil kepada RM52 juta untuk FY2021 walaupun berdepan landskap perniagaan yang mencabar kerana kami kekal berdaya tahan dengan menawarkan penyelesaian Feet’s dan HCM,” kat beliau. - DagangNews.com